Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Sistem panggilan kecemasan baharu negara NG999 beroperasi mulai hari ini

Bernama 16/11/2025 | 02:15 MYT
Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 untuk menghantar maklumat kecemasan secara pantas dan tepat melalui SMS. - Foto Sistem Panggilan Kecemasan
KUALA LUMPUR: Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi hari ini, menggantikan sistem Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999).


Ringkasan AI
  • Sistem panggilan kecemasan baharu, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi menggantikan MERS999, dengan penekanan pada kecekapan dan integrasi digital.
  • Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 untuk menghantar maklumat kecemasan secara pantas dan tepat melalui SMS.
  • NG999 menyepadukan teknologi seperti peta digital, geolokasi, dan AI, serta kini meliputi lebih 800 lokasi dua kali ganda berbanding sistem lama.


Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan, melalui mesej ringkas (SMS) yang dihantar sejak semalam.

"Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan," menurut SMS berkenaan.

NG999 adalah sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan, sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.

Pada 1 Julai tahun lepas, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.

Beliau berkata sistem NG999 diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding jumlah lokasi di bawah MERS999 sebelum ini.

-- BERNAMA






#NG999 #MERS999 #panggilan kecemasan #sistem baharu #SAVEME999