MALAYSIA
Sistem pendidikan negara perlu pembaharuan menyeluruh - Agong
Sultan Ibrahim bertitah, sekolah dan institusi pendidikan perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang. - Gambar/ Facebook/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui pembaharuan menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada aspek kemanusiaan, moral, kawalan emosi dan kesedaran undang-undang dalam kalangan pelajar.
Seri Paduka Baginda turut menarik perhatian bahawa beberapa insiden jenayah melibatkan pelajar dan siswazah sejak kebelakangan ini menimbulkan kerisauan mengenai tahap sahsiah, disiplin dan nilai agama mereka, sekali gus menjejaskan reputasi institusi pendidikan negara.
“Saya berpandangan, sekolah dan institusi pelajaran perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang.
“Pendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di bilik darjah atau kampus, sebaliknya ia bermula dari rumah.
"Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan, tempat anak-anak dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-103 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, pada Rabu.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menegaskan generasi muda perlu berhemah dalam mengendalikan dunia siber kerana pendedahan kepada kandungan ganas boleh meningkatkan sifat agresif.
Namun begitu, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa sekatan teknologi digital bukan penyelesaian terbaik dan berpotensi mengganggu ekosistem pembelajaran.
“Hakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial. Ia memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah baginda.