awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem raja berperlembagaan jamin kestabilan - Salleh

Bernama
Bernama
23/04/2017
23:12 MYT
Sistem raja berperlembagaan jamin kestabilan - Salleh
Sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kestabilan dan sekaligus membawa keyakinan kepada negara. -Gambar fail
Sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kestabilan dan sekaligus membawa keyakinan kepada negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Dalam catatan menerusi blog beliau sskeruak.blogspot.my, beliau berkata pelabur asing telah menyenaraikan negara ini sebagai yang paling stabil dari segi politik di Asia Tenggara.
"Kita perlu mengekalkan imej dan reputasi ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memilih kerajaan melalui peti undi dan bukan melalui keganasan jalanan seperti di sesetengah negara yang mencetuskan huru-hara selepas berlaku perubahan," kata beliau.
Merujuk kepada istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 hari ini, beliau berkata kedudukan Yang di-Pertuan Agong adalah lebih daripada sekadar simbolik dan tidak harus dianggap sebagai ketua negara yang hanya menurut kata.
Beliau berkata sistem yang diamalkan di Malaysia adalah unik dan tidak terdapat di negara lain di dunia, kata Salleh sambil menambah "Agong mempunyai fungsi untuk dilaksanakan bagi mengekalkan sistem semak dan imbang dan baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja dan berkhidmat secara bergilir.
"Jadi, Yang di-Pertuan Agong sendiri mengamalkan satu bentuk demokrasi walaupun raja di negeri-negeri memerintah dengan diwarisi secara turun-temurun."
Sultan Muhammad V mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#istiadat pertabalan
#Salleh Said Keruak
#sskeruak
#Sultan Kelantan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan