GADGETS

Sistem rantaian bekalan China antara terbaik di dunia - CEO NVIDIA

Bernama 21/07/2025 | 10:50 MYT
Huang menyifatkan rantaian bekalan China sebagai satu keajaiban baik dari segi skala, kerumitan, kepelbagaian, jenis produk dihasilkan dan penerapan teknologi. - Foto Reuters
BEIJING: Sistem rantaian bekalan China merupakan antara yang terbaik di dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NVIDIA Jensen Huang.


Ringkasan AI
  • Jensen Huang puji rantaian bekalan China sebagai antara terbaik dunia, menekankan skala, teknologi, kepelbagaian dan bilangan perusahaan yang terlibat.
  • China bukan sahaja mengurus rantaian bekalannya sendiri, malah membekalkan sistem dan komponen kepada rantaian global, serta bantu pembangunan sistem bekalan negara lain.
  • NVIDIA tubuhkan pusat inovasi AI di Shanghai dan Beijing, selari dengan kerjasama strategik yang mendalam bersama syarikat China dan potensi teknologi serantau.


Huang yang juga pengasas syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) itu menyifatkan rantaian bekalan China sebagai satu keajaiban baik dari segi skala, kerumitan, kepelbagaian, jenis produk dihasilkan dan penerapan teknologi mahupun bilangan perusahaan yang terlibat.

"China juga menyediakan peralatan, sistem kawalan dan komponen untuk rantaian bekalan lain di seluruh dunia.

"Sambil mengendalikan rantaian bekalan sendiri, China telah membangunkan pelbagai teknologi dan produk bagi membantu negara lain mengukuhkan rantaian bekalan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ketiga di Beijing baru-baru ini.

Syarikat teknologi gergasi itu turut menubuhkan pusat inovasi kecerdasan buatan (AI) di Shanghai dan Beijing, di samping mengekalkan kerjasama mendalam dengan banyak syarikat China.



-- BERNAMA





#rantaian bekalan China #NVIDIA #Jensen Huang #kecerdasan buatan