PUTRAJAYA: Pembangunan sistem pelaporan berpusat bagi tujuan merekod markah pentaksiran pelajar sekolah merupakan antara elemen transformasi pendidikan yang bakal diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Selain mengurangkan beban guru bagi mengelak tugas merekod markah berulang kali, sistem itu turut bertujuan meningkatkan kecekapan sistem KPM agar relevan dengan transformasi digital pada masa ini.
Beliau berkata ketika ini, seseorang guru itu dikehendaki menyalurkan rekod markah pelajar kepada pelbagai pihak termasuk KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
"Dengan adanya sistem pelaporan berpusat ini, pihak lain yang mahukan rekod markah boleh 'mengekstrak' data daripadanya.
"Begitu juga dengan pembinaan jadual waktu sekolah, difahamkan masih ada sekolah yang buat secara manual.
"Jadi KPM akan mewujudkan satu sistem khusus bagi membolehkan pihak sekolah membina jadual waktu sekolah mengikut kesesuaian masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Showcase Transformasi Pendidikan yang berlangsung sejak 12 Ogos sehingga hari ini di pusat beli-belah Alamanda, di sini.
Menurut Radzi, KPM komited dalam menjadikan ekosistem pendidikan negara sebagai yang terbaik selain memberikan fokus utama kepada kemenjadian murid secara menyeluruh tanpa bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.
"Contohnya, baru-baru ini bekerjasama dengan FGV Holdings Berhad dengan membawa pelajar mendekati flora dan fauna agar mereka faham tentang perubahan iklim dan sebagainya," katanya dan menambah transformasi pendidikan kementerian meliputi kerjasama rentas agensi kerajaan dan swasta.
Bagi mendekati masyarakat terutamanya golongan ibu bapa agar mereka faham tentang transformasi pendidikan dan dasar KPM, Radzi berkata KPM juga akan mengadakan Hari Terbuka PPD di 142 lokasi seluruh negara pada 26 dan 27 Ogos depan.
Katanya, KPM menerusi sesi perbincangan dan libat urus dengan lebih 20,000 orang termasuk pemimpin masyarakat sehingga kini turut menerima maklum balas positif berkaitan transformasi pendidikan yang giat diaplikasikan.
Antara insiaitif KPM mengorak langkah ke depan transformasi pendidikan meliputi pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan dengan berkesan selain menjaga kebajikan guru dengan memudahcara urusan permohonan pertukaran guru.
Showcase Transformasi Pendidikan merupakan satu daripada pengisian KPM di bawah program 'Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan' yang diadakan bermula 1 Ogos sehingga 30 Sept depan di seluruh negara.
Ia antara lain memaparkan inovasi dan pencapaian murid dan guru, perkembangan pendidikan digital dan aplikasi sistem yang memudahkan pengurusan pendidikan.
Seorang Ikon Guru Inovatif Prasekolah Kartigesan M.Veloo yang mencipta bahan inovasi Sensory Play Numerics berkata bahan tersebut berfungsi sebagai alat permainan yang boleh digunakan dalam bidang akademik khas untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam bidang Matematik.
"Subjek Matematik asas perlu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar agar mereka dapat menyelesaikan operasi Matematik lain yang lebih kompleks," kata guru Sekolah Kebangsaan Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor.
Katanya, idea menghasilkan bahan inovasi itu tercetus pada 2017 apabila mendapati ada pelajar prasekolahnya berdepan kesukaran untuk membuat pengiraan mudah dan sehingga kini lebih 500 pelajar telah menerima manfaat melaluinya.
Bahan yang dihasilkan dari kayu, blok dan kadbod tebal itu turut mengandungi litar elektrik iaitu lampu akan berkelip apabila pelajar berjaya menyusun nombor dalam susunan yang betul.
Beliau yang berkecimpung dalam bidang perguruan selama 11 tahun turut berhasrat menambah baik modul tersebut mengikut tahap kemahiran pelajar.
Sementara itu, pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak Muhammad Haziq Ziman, 17, berkata penyertaan beliau dalam pertandingan seni International High School Arts Festival Japan memberi pengalaman luas dalam bidang seni halus kerana dapat mengetahui mengenai hasil karya negara lain.
Ia merupakan penyertaan kedua Muhammad Haziq dalam pertandingan itu dan kali ini, beliau menghasilkan lukisan bermotifkan elemen haiwan iaitu Harimau Malaya dan ikan koi yang sinonim dengan Malaysia dan Jepun.
Anak kelahiran Selangor itu berkata beliau mengambil masa dua minggu sahaja untuk menghasilkan karyanya dengan teknik lukisan akrilik dan berhasrat mengembangkan minatnya terhadap bidang seni halus yang diceburi sejak berumur lapan tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Selain mengurangkan beban guru bagi mengelak tugas merekod markah berulang kali, sistem itu turut bertujuan meningkatkan kecekapan sistem KPM agar relevan dengan transformasi digital pada masa ini, kata Radzi. -Gambar fail/Bernama

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

Protes | Seorang lagi maut di Peru, angka kematian meningkat 58 orang
Seorang penunjuk perasaan maut manakala puluhan yang lain cedera dalam protes anti kerajaan di seluruh negara Peru, pada Ahad

Perang di Urkaine | Trump dakwa jika masih Presiden, perang tidak akan berlaku
Donald Trump mendakwa sekiranya beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan pernah berlaku.

NATO | Erdogan jangka setuju keahlian Finland, dahului Sweden
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat Ankara mungkin bersetuju untuk Finland menyertai NATO mendahului Sweden.

Perang Ukraine-Rusia | Ukraine perlu lebih banyak senjata dan pantas
Ukraine memerlukan senjata baharu dan penghantaran lebih pantas untuk menghadapi serangan berterusan oleh tentera Rusia di wilayah timur Donetsk.

Waktu Puncak | LRT laluan Ampang/Sri Petaling Monorel dilanjutkan
Perkhidmatan waktu puncak bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula hari ini.

Kerani maut, motosikal bertembung treler
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Radzi Jidin lancar e-aduan buat warga Putrajaya
Inisiatif itu bagi memudahkan warga Putrajaya menyampaikan cadangan dan aduan untuk perhatian serta tindakan.

PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya
Radzi Jidin berjaya memungut 16,002 undi sekali gus memperolehi majoriti 2,310 undi mengalahkan Ku Nan yang mendapat 13,692 undi.

PRU15: Pembangunan pengangkutan awam keutamaan Radzi, Mohd Rosli di Putrajaya
Pembangunan infrastruktur dan pengangkutan awam antara keutamaan calon-calon yang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU15.

KPM tiada kuasa sekat, tarik balik terbitan bukan di bawah KPM - Radzi
KPM tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik atau menggantung mana-mana buku atau bahan bacaan yang tidak diterbitkan oleh pihak KPM atau agensi-agensi di bawahnya.

PRU15: Radzi sasar lonjak Putrajaya ke tahap lebih tinggi
Radzi telah memanfaatkan peluang menyantuni warga Putrajaya bagi merapatkan hubungan serta memahami isu setempat.

PRU15: PN umum Radzi Jidin bertanding di Putrajaya
Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Radzi Jidin sebagai calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini penjelasan Radzi Jidin kenapa silibus tak boleh ditukar segera
Setiap kohort perlu melengkapkan pusingannya untuk sesebuah silibus itu sebelum silibus baharu diperkenalkan.

Silibus pembelajaran tidak boleh ditukar secara kerap - Radzi
Beliau berkata jika seseorang murid masuk Tahun Satu dengan silibus tersebut, mereka akan habiskan Tahun 6 dengan pendekatan silibus sama.

Ketua Setiausaha KPM diarah buat laporan SPRM berkait isu penyelewengan - Radzi
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof diarah membuat laporan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isu Cikgu Mohd Fadli: Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan esok
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini berhubung isu guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh akan memaklumkan keputusan dicapai kepada guru terbabit esok.