awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem semakan laporan polis secara online akan diperluaskan

Bernama
Bernama
17/02/2013
11:33 MYT
Sistem semakan laporan polis secara online akan diperluaskan
Sistem semakan laporan polis secara online (SSO) dijangka diperkenalkan secara meluas ke seluruh negara pada pertengahan tahun ini.
Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Wira Ayub Yaakob berkata pada masa ini sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) masih dalam prototaip.
"Ia masih dalam beberapa peringkat kajian terakhir sebelum ia dapat dilaksanakan pada tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.
Mengikut sistem SSO, katanya, pengadu akan diberi satu kata laluan untuk memudahkan mereka menyemak laporan yang telah mereka buat.
Sementara dalam majlis berasingan di tempat sama, Ayub berkata PDRM akan menerapkan konsep '1 Rumah 1 Polis Sukarelawan Simpanan (PVR)' bagi menjalin hubungan rapat antara polis dan masyarakat.
"Jika boleh kita memang nak setiap rumah ada wakil polis walaupun bukan polis biasa, PVR sekalipun sudah cukup bagi masyarakat faham dan merasa agak selamat dengan kehadiran polis.
"Anggota PVR datang daripada komuniti setempat dan kalau boleh kita nak mereka berkhidmat dalam kawasan kampung dan daerah masing-masing," katanya selepas majlis penyampaian amanat kepada 558 anggota PVR Terengganu.
Dalam pada itu, pada Program 'Reaching Out' anjuran IPK Terengganu di Masjid Buluh Gading di sini, Ayub berkata pembabitan golongan remaja dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan dapat membantu mengurangkan kes jenayah membabitkan golongan tersebut.
Katanya pembabitan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan boleh menghindar diri mereka daripada terjebak dengan gejala seperti rempit dan pecah rumah.
Pada majlis itu seramai 200 remaja yang terdiri daripada Skuad Sukarelawan Bermotor serta polis sukarelawan bergotong royong membersihkan kawasan masjid berkenaan.
Topic Berkaitan
#online
#Sistem semakan laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan