Subsidi petrol bukanlah kaedah paling efisien untuk membantu golongan rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, kata Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani.
“Subsidi minyak perlu secara berperingkat digantikan dengan pemindahan wang tunai. Kaedah pemberian tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebenarnya boleh dimanfaatkan tetapi ia perlu diagihkan kepada golongan sasaran dengan lebih teliti,” ujar Charon.
Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran penerbitan sulung Laporan Keadaan Isi Rumah di ibu negara hari ini.
Laporan tersebut mengetengahkan tiga tema utama iaitu keadaan isi rumah dan pendapatan isi rumah, tenaga kerja di Malaysia dan dasar perdagangan dan pelaburan dalam analisis data terperinci.
“Institut Penyelidikan Khazanah juga akan menerbit dan membentangkan cadangan polisi tentang perkara berkenaan untuk dinilai kerajaan,” ujar beliau yang menjangkakan tempoh masa sekitar enam bulan untuk penyediaan cadangan tersebut.
Laporan yang menjadi penerbitan sulung institut tersebut turut mengesyorkan agar sistem subsidi minyak perlu ditambah baik memandangkan kaedah yang dijalankan sekarang ini dikhuatiri membantutkan ekonomi negara.
Harga subsidi tidak mencerminkan kos sebenar dan ia menyebabkan kerugian dalam ekonomi misalnya pembaziran yang tidak dapat ditebus kembali.
“Perbelanjaan subsidi seharusnya diperuntukkan dalam sektor-sektor yang lebih produktif yang mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi atau untuk projek-projek pembangunan yang lebih menyasarkan golongan yang tertekan,” kata laporan tersebut.
Sistem subsidi yang dilaksanakan sekarang ini juga menelan kos tinggi, terutamanya jika harga tenaga terus meningkat. Tanpa penambahbaikan subsidi, kos fiskal akan melonjak dan ini bermakna menyempitkan peruntukan ke pelbagai bidang lain.
Berdasarkan sistem subsidi semasa, Charon juga menyentuh tentang terjadinya masalah penyeludupan petrol yang melibatkan 10 peratus sumber minyak negara bernilai RM660 juta.
Antara tahun 2007 dan April 2014, kerajaan merekodkan sekitar 3,500 kes penyeludupan diesel. Setiap kes penyeludupan dan jenayah yang berkaitan dengannya memerlukan kerajaan untuk berbelanja lebih bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang.
Selain pelancaran Laporan Keadaan Isi Rumah, turut diperkenalkan pada majlis berkenaan ialah portal ‘Map of Malaysia’ iaitu sumber dalam talian yang menggabungkan data daripada kerajaan dan sumber-sumber lain untuk membentuk peta negara. Ia juga bertindak sebagai repositori data yang menyimpan maklumat demografi sosioekonomi Malaysia.
Hamzah Hamid
Mon Nov 17 2014
Laporan Keadaan Isi Rumah yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah bekal membantu dasar negara. - Foto fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.