Amalan mendapatkan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) sebagai sumber air alternatif boleh membantu kerajaan menjimatkan kos merawat air.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menunjukkan 34 peratus air dirawat daripada jumlah penggunaan air bulanan isi rumah mampu dijimatkan jika rakyat mengamalkan SPAH.
"Air hujan yang dikumpul boleh digunakan semula bukan untuk minum tetapi untuk kegunaan domestik seperti mencuci lantai, siram pokok, mencuci tandas dan kenderaan," katanya semasa menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Irmohizam bertanya peratusan air terawat yang mampu dijimatkan jika SPAH diaplikasi dengan baik dan negara mana yang telah mengaplikasikan sistem itu.
Halimah berkata amalan SPAH dapat membantu menangani krisis air, sekaligus mewujudkan kaedah penjimatan air lebih baik dan membantu rakyat supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber air terawat.
"Sebagai contoh, setiap penghuni rumah akan menggunakan purata 227 liter air sehari dan daripada jumlah ini, 25 peratus digunakan untuk siram tanaman, curahan tandas dan sebagainya.
"Oleh itu, amalan SPAH dapat mengurangkan permintaan air terawat kepada 75 peratus," katanya.
Halimah berkata SPAH sudah diamalkan di banyak negara termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Australia, India dan Jerman berikutan kesedaran penjimatan penggunaan air terawat.
Bernama
Wed Oct 29 2014
HALIMAH: Amalan mendapatkan bekalan air menerusi SPAH sebagai sumber air alternatif boleh membantu kerajaan menjimatkan kos merawat air. -Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Air hujan kini tidak lagi selamat diminum
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.
Masalah air Kelantan: AKSB sedia pelan jangka pendek, panjang
Langkah jangka pendek dan panjang dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.
Sistem tadah air hujan bantu jimat kos rawat air - Halimah
Amalan mendapatkan bekalan air menerusi SPAH sebagai sumber air alternatif boleh membantu kerajaan menjimatkan kos merawat air.