KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem tanpa tunai secara menyeluruh menerusi Inisiatif Malaysia Digital dilihat mampu memperbaiki Indeks Persepsi Rasuah negara pada masa akan datang.
Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata menerusi sistem tanpa tunai, setiap transaksi itu dapat direkodkan sementara kebanyakan pihak memberi atau menerima suapan secara tunai.
"... bila sudah tiada tunai maka wang fizikal tidak ada. Jadi setiap transaksi itu direkodkan dan tentu sekali kadar rasuah akan berkurangan secara signifikan dengan memperluaskan teknologi (sistem tanpa tunai) ini kepada semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Inisiatif Malaysia Digital: Memacu Ekonomi Digital Dunia", pada Isnin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM) Abd Azharee Abdul Wahid.
Selain itu, Anuar Shah berkata pelaksanaan sistem tanpa tunai juga memberi manfaat yang lebih kepada rakyat, termasuk pelanggan dan peniaga, kerana mereka boleh melihat kawalan harga serta membandingkan harga-harga menggunakan rekod di dalam e-dompet.
Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan supaya meneruskan bantuan tunai RM100 sebulan selama tiga bulan, seperti Program PRIHATIN Kasih, secara e-dompet atau melalui kad pengenalan e-tunai, dengan syarat hanya untuk membeli barang keperluan harian sahaja.
"... sebab nilai RM100 tunai dengan dalam e-dompet ini berbeza. Bila kita menggunakan e-dompet, ada ganjaran dan akhirnya dikreditkan ke dalam bentuk tunai juga. Mekanisme untuk meramaikan lagi rakyat menggunakan teknologi ini memberikan ruang dalam konteks bantuan tunai itu dikreditkan," katanya.
Sementara itu, Abd Azharee berkata dalam konteks usahawan, mereka perlu berani dan membuka minda masing-masing supaya bersedia untuk beradaptasi dengan teknologi, terutama ekonomi digital dalam memasarkan perniagaan mereka.
Beliau berkata adaptasi dan ketersediaan itu perlu disegerakan oleh golongan usahawan untuk memastikan perniagaan mereka tidak ketinggalan pada masa akan datang.
"Teknologi kini menguji tahap kesedaran dan ilmu usahawan untuk memastikan apa ruang dan peluang yang dalam ekonomi digital boleh diadaptasikan secepat mungkin dan digunakan untuk memperbaiki proses perniagaan masing masing.
Tidak kisah sekecil mana penggunaan e-dompet, yang penting ketersediaan usahawan untuk mengadaptasi (dengan ekonomi digital), jika tidak kita mungkin akan ketinggalan berbanding negara lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Pelaksanaan sistem tanpa tunai juga memberi manfaat yang lebih kepada rakyat, kerana mereka boleh melihat kawalan harga serta membandingkan harga-harga menggunakan rekod di dalam e-dompet. - Gambar hiasan
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Sistem tanpa tunai boleh perbaiki Indeks Persepsi Rasuah negara
Menerusi sistem tanpa tunai, setiap transaksi dapat direkodkan sementara kebanyakan pihak memberi atau menerima suapan secara tunai.
Kempen Pengangkutan Awam Tanpa Tunai diperluas - Loke
Kempen Penggunaan Pengangkutan Awam Tanpa Tunai dilancarkan di KL Sentral hari ini.