Masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur boleh dikurangkan dengan pengenalan sistem pengangkutan awam trem.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, ia juga sesuai dijadikan tarikan pelancong yang memudahkan mereka ke destinasi tumpuan di ibu negara.
"Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memperkenalkan idea trem ini, saya sudah bincang dengan dia.
"Ia di peringkat cadangan dan pihak perunding juga sudah mencadangkan laluan trem di pusat bandar, ia akan melalui laluan strategik pelancong di sekitar ibu kota.
"Ia tidak mustahil, keputusan memperkenalkan trem merupakan mod pengangkutan baik dan sudah diperkenalkan di beberapa bandar besar luar negara," katanya ketika ditemui di sini.
Sebelum ini, Tengku Adnan dilaporkan berkata, sistem pengangkutan awam trem lebih sesuai diperkenalkan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas khususnya di sekitar Kuala Lumpur berbanding tuk-tuk, kenderaan roda tiga bermotor yang popular di Thailand.
Dalam pada itu kata Ahmad Phesal, penggunaan trem juga strategik selain boleh bercampur dengan bas serta kenderaan lain di atas jalan raya.
"Trem ini sesuai, boleh bercampur di laluan bas dan kenderaan bandar lain.
"Kos bina trem juga lebih murah dari metro (keretapi bawah tanah). Ini langkah terbaik untuk Kuala Lumpur pada masa akan datang," jelasnya.
Ahmad Phesal sebelum ini terkenal dengan minat berbasikal selain mencetus kempen 'Pagi Bebas Kenderaan' anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan.
Selain menggalakkan gaya hidup sihat, Ahmad Phesal komited untuk mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida di kota raya berkenaan.
Katanya sebelum ini, kempen seumpama itu mampu mencetuskan minat kalangan warga kota untuk menggunakan basikal sebagai pengangkutan pilihan utama.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 16 2015
DATUK BANDAR KL: Sistem trem sesuai di ibu kota - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.