KUALA NERUS: Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Nur Aufa Johan, 24, tidak menjadikan penyakit jantung sebagai halangan untuk beliau meraih kecemerlangan.
Sebaliknya, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu menganggap dugaan tersebut sebagai motivasi untuk menggapai cita-cita.
Anak kelima dari enam beradik itu berkata beliau diserang penyakit jantung bengkak dan hipertiroidisme ketika berusia 15 tahun.
Sejak itu beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang didudukinya tidak berapa memuaskan.
"Waktu itu memang sedih kerana hasrat saya ingin menghadiahkan keputusan cemerlang buat ibu bapa seperti abang dan kakak yang lain tidak kesampaian.
"Walaupun ibu bapa tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana memahami kesulitan yang saya hadapi, saya tetap berazam untuk berusaha lebih gigih dan menghadiahkan kejayaan untuk mereka suatu hari nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali ke-15, di sini hari ini.
Nur Aufa akhirnya berjaya melunaskan azam itu hari ini apabila dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan selepas mencatat nilai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (CGPA) 3.91, sekali gus menerima hadiah berupa trofi dan wang tunai RM7,500.
Hadiah disampaikan oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA.
Gadis itu yang kini bekerja sebagai pegawai strategik di bahagian Komunikasi Korporat PETRONAS di ibu negara merancang untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana.
Walaupun menyedari tekanan dan kesulitan yang bakal dihadapi, beliau tetap menggenggam harapan untuk bergelar doktor falsafah.
"Insya-Allah dengan iltizam yang kuat dan sokongan ibu bapa, saya pasti dapat mencapai semua yang dicita-citakan suatu hari nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Nur Aufa Johan (tengah) bersama ibubapa pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin Ke-15 di Kuala Nerus hari ini. - foto Bernama

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Siswazah penghidap penyakit jantung raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Nur Aufa Johan tidak menjadikan penyakit jantung sebagai halangan untuk beliau meraih kecemerlangan.

Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.

'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'
Hasrat seorang graduan Palestin untuk menerima skrol PhD tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di UniSZA.

Graduan nikah, konvokesyen hari sama
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin itu pada awalnya dijadualkan bernikah Mei ini.

17 kes positif COVID-19 dikesan, UniSZA tutup 14 hari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus di tutup selama 14 hari susulan penularan COVID-19 dikawasan berkenaan.

COVID-19: Pelajar UniSZA diarah jalani ujian saringan
Hebahan mengenai arahan itu telah dikeluarkan kepada semua pelajar yang ada di kampus dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

IJN tawar perkhidmatan rawatan kardiovaskular di Pantai Timur
Hasil kerjasama antara IJN dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hospital Pengajar UniSZA akan mula beroperasi secara rasmi pada suku pertama tahun depan.

Satu lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas pelajar positif COVID-19
Penutupan sekolah tersebut adalah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.

COVID-19: Dua lagi sekolah di daerah Kuala Nerus diarah ditutup sementara
Dua buah lagi sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober depan.

Kakitangan positif COVID-19, UniSZA ditutup sementara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.