awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sitaan terbesar SPRM libat kes Ismail Sabri, RM177 juta termasuk jongkong emas - Azam Baki

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2025
07:25 MYT
Sitaan terbesar SPRM libat kes Ismail Sabri, RM177 juta termasuk jongkong emas - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM 2009.
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441 dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan nilai sitaan tertinggi melibatkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM 2009.
"Untuk kes Datuk Seri Ismail Sabri, kita telah sita sebanyak lebih kurang RM177 juta, yang telah saya tunjukkan dalam sidang akhbar baru-baru ini tentang jumlah yang kita telah sita merupakan wang tunai dan termasuk jongkong emas itulah yang termasuk dalam RM487 juta ini.
"Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta.
"Itu jumlah yang paling besar sitaan kes," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Sabah, di sini, pada Khamis.
Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah aset dan wang yang dibekukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 adalah sebanyak RM548,978,525.
Tambahnya, setakat ini, jumlah aset yang telah dilucut hak dan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan di bawah ketiga-tiga akta berkaitan termasuk Akta Tatacara Jenayah adalah sebanyak RM603,363.29.
"Ini menunjukkan bahawa kami sedang giat berusaha untuk menyelesaikan kes-kes lain bagi tujuan pelucutan hak sama ada secara rasmi mahupun melalui penalti dan kompaun, di mana setakat ini jumlah penalti atau kompaun yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM412,000," katanya.
Mengulas lanjut, Azam berkata sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 319 kertas siasatan telah dibuka oleh SPRM.
"Jumlah tangkapan yang dibuat adalah seramai 401 individu, manakala 146 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa usaha SPRM dalam menyelesaikan kes dilakukan secara berterusan, bukan sahaja bagi tujuan pendakwaan, tetapi juga pemulihan aset.
https://www.sinarharian.com.my/article/722071/berita/semasa/sitaan-sprm-terbesar-libat-kes-ismail-sabri-rm177-juta-termasuk-jongkong-emas---azam-baki
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#ismail sabri yaakob
#jongkong emas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan