MALAYSIA
Siti Bainun dipindah ke Penjara Melaka, peguam tuntut penjelasan
Peguam mempersoalkan pemindahan Siti Bainun dari Penjara Kajang ke Penjara Sungai Udang tanpa sebab yang jelas. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes pengabaian dan penganiayaan remaja perempuan sindrom Down, Bella, mempersoalkan tindakan Jabatan Penjara memindahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dari Penjara Kajang, Selangor ke Penjara Sungai Udang, Melaka tanpa penjelasan.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan media, peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, Siti Bainun, 33, yang sedang menjalani hukuman berhubung kes berkenaan, telah dibawa ke pejabat di Penjara Kajang pada 22 September lalu secara tiba-tiba.
Menurutnya, pesalah wanita itu turut menjalani pemeriksaan ‘Fit To Travel’ tanpa sebarang permohonan daripada mana-mana pihak, termasuk keluarga, peguam, mahupun anak guamnya sendiri.
Beliau menjelaskan, tiada keperluan untuk membuat permohonan tersebut kerana keluarga Siti Bainun menetap di ibu negara dan Selangor, selain beliau sendiri perlu menjalani rawatan kesihatan di Hospital Kajang.
"Selepas menyemak dengan pihak penjara, kami hanya diberikan surat tanpa kenyataan sebab. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada pemindahan ini telah melalui proses di bawah mana-mana peruntukan Akta Penjara.
"Dalam surat tersebut, kami juga seakan diminta memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Penjara Wanita Kajang," katanya.
Nur’Aminahtul mengakui bahawa pemindahan banduan dari satu penjara ke penjara lain di negara ini sememangnya dibenarkan di bawah Akta Penjara 1995 dan peraturan berkaitan.
Bagaimanapun, katanya, ia lazimnya diputuskan oleh Jabatan Penjara Malaysia atau dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.
Beliau menjelaskan, cadangan pertukaran kebiasaannya dibuat oleh penguasa penjara sekiranya wujud keperluan seperti isu keselamatan banduan, keselamatan penjara, kesesakan penjara, rawatan kesihatan lebih baik, atau banduan perlu hadir ke mahkamah di lokasi lain.
Selain itu, katanya, mahkamah juga boleh memohon pemindahan banduan agar lebih dekat dengan lokasi perbicaraan, manakala keluarga pula boleh menghantar permohonan bertulis, namun semua ini masih tertakluk kepada kelulusan Jabatan Penjara.
“Semakan dan kelulusan biasanya melibatkan laporan cadangan yang dihantar penguasa penjara kepada Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa meluluskan pemindahan dalam kes biasa.
“Manakala Menteri Dalam Negeri akan terlibat sekiranya ia melibatkan isu khas atau sensitif seperti banduan berprofil tinggi atau isu keselamatan negara,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa dalam kes ini pihak pembelaan tidak pernah dimaklumkan berhubung sebarang permohonan pemindahan.
Malah katanya, sehingga kenyataan media ini dikeluarkan, mereka masih tidak mengetahui sebab dan alasan mengapa anak guamnya ditempatkan di penjara yang jauh dari keluarga serta jauh dari Hospital Kajang, tempat rawatan luar dilakukan.
“Kami sedang dalam proses memfailkan aduan rasmi dan seterusnya akan membuat semakan sekiranya pihak penjara gagal memberikan penjelasan atau melanggar peruntukan di bawah Akta Penjara atau mana-mana undang-undang berkaitan,” katanya.
Pada 14 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun berhubung sabitan dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya Bella empat tahun lalu.
Sebelum itu, pada 2 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabaikan dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.
Selain hukuman penjara, Siti Bainun turut diarahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga menjatuhkan sabitan bersalah terhadap beliau atas dua pertuduhan tersebut. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Peguam Siti Bainun mempersoalkan pemindahan anak guamnya dari Penjara Kajang ke Penjara Sungai Udang tanpa penjelasan rasmi, walaupun keluarga dan rawatan beliau berada di Selangor.
- Pemindahan banduan dibenarkan di bawah Akta Penjara 1995, namun lazimnya memerlukan sebab kukuh seperti keselamatan, kesesakan atau keperluan rawatan, dan perlu melalui proses kelulusan Jabatan Penjara atau Menteri Dalam Negeri.
- Pihak pembelaan sedang memfailkan aduan rasmi kerana tidak dimaklumkan mengenai permohonan pemindahan dan akan membuat semakan jika berlaku pelanggaran undang-undang berkaitan.