KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, yang memohon untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, beliau berkata, tiada sebab untuk mengganggu keputusan sabitan dan hukuman hakim Mahkamah Sesyen pada Mei tahun lalu.
“Ia selamat dan terpelihara kerana hakim tidak tersilap dalam keputusannya, maka rayuan ini ditolak.
“Mahkamah tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Siti Bainun terkeliru dengan pertuduhan yang menyebabkan ketidakupayaannya untuk membela diri,” katanya.
Beliau berkata, semua elemen itu, dibuktikan oleh pihak pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Susulan itu, peguam, Haijan Omar yang mewakili Siti Bainun berkata, mereka menghormati keputusan mahkamah dan memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan dengan segera.
Bagaimanapun, Noorin menolak permohonan Haijan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu.
Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen di sini mendapati wanita itu, bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.
Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun sementara kes menganiaya, 12 tahun bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukum itu.
Hakim, Izralizam Sanusi turut memerintah tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin termasuk cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.
Dia juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam masa enam bulan selepas tamat hukuman penjara dengan syarat-syarat yang dikenakan.
Siti Bainun telah dibawa ke Penjara Kajang, selepas mahkamah menolak permohonannya, untuk menangguhkan hukuman penjara itu.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun, telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.
Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu, di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa.
Kes yang mengejutkan negara itu mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak seperti Bella.
Pada prosiding hujahan yang berlangsung pada 7 Mac lalu, peguam Haijan Omar, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan hadir bagi mewakili Siti Bainun selaku perayu.
Sementara pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin pula sebagai responden.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 24 April lalu untuk keputusan rayuan namun tarikh tersebut dilapangkan dan ditangguhkan sehingga ke hari ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 02 2024
Siti Bainun (tengah) didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Komuniti perniagaan perlu teroka peluang di Kazakhstan - PM
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
Kerajaan teruskan sistem e-Jamin selari aspirasi pendigitalan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem E-Jamin bagi memudahkan urusan ikat jamin, selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat PM Anwar Ibrahim.
Malaysia-Uzbekistan teroka kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.
Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.
Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.