awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat, lapan saksi diambil keterangan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/03/2024
04:55 MYT
Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat, lapan saksi diambil keterangan
Noor Dellhan berkata kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui oleh orang awam merayau seorang diri di Sri Rampai kira-kira jam 2.20 pagi Ahad. - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng di sini, sejak Selasa lalu ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui oleh orang awam merayau seorang diri di Sri Rampai di sini, kira-kira jam 2.20 pagi Ahad.
"Beberapa petunjuk positif telah diperolehi hasil siasatan dan pengesanan yang dijalankan bermula pada 14 Mac lalu.
"Sehingga jam lebih kurang 1 pagi 17 Mac, pihak polis telah mendapat maklumat kanak-kanak tersebut berada di sekitar Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
"Susulan maklumat tersebut, pihak polis telah berjumpa dengan pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Semasa pihak polis berada di kawasan tersebut, ibu kanak-kanak tersebut telah menghubungi pihak polis memberitahu anaknya telah ditemui oleh orang awam seorang diri merayau di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata setakat ini, seramai lapan orang saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, kes disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang dan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan sedang dijalankan.
Jelas Noor Dellhan, pihak polis menerima satu laporan polis berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit pada 14 Mac lalu sekitar jam 9.56 pagi.
Susulan itu, pihak polis mengatur gerak pasukan khas untuk mengesan kanak-kanak terbabit sebaik sahaja menerima laporan polis dari ibu kanak-kanak itu.
Topic Berkaitan
#Siti Dhia Batrisyia
#Noor Dellhan Yahaya
#kanak-kanak hilang
#Sri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan