Siti Hasmah sedih dengan penularan difteria, gerakan anti vaksin

Nizam Bakeri
Julai 1, 2016 08:47 MYT
Tun Dr Siti Hasmah turut berkongsi pegawai perubatan di Alor Setar pada era 60-an yang menyaksikan lapan orang kanak-kanak meninggal dunia akibat difteria - Foto BERNAMA
“Saya amat sedih tentang ini.”
Demikian komen yang diberi oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penularan difteria dan gerakan anti-vaksin yang semakin berkembang di Malaysia.
Dr Siti Hasmah turut berkongsi pengalaman sebagai pegawai perubatan di Alor Setar pada era 60-an dalam menyebarkan kesedaran mengenai imunisasi terhadap para ibu di kawasan pedalaman.
“Ke mana pun saya pergi, dan saya nampak seorang ibu dan bayi, saya akan dekati mereka dan tanya mereka (sama ada mereka dapatkan vaksin),” jelasnya dalam temuramah bersama BFM Radio.
Video temuramah yang dimuat naik di laman Facebook rasmi radio berkenaan giat dikongsi di media sosial.
Dr Siti Hasmah turut mengumumkan biografinya ‘My Name is Hasmah’ yang bakal dilancarkan pada 20 Julai sempena menyambut ulangtahun ke-90 tahun ini.
#Anti vaksin #difteria #Tun Dr Siti Hasmah #vaksin