MALAYSIA
Siti Kasim terima ganti rugi RM160,000
Peguam, Suzana Norlihan Alias ketika ditemui pemberita selepas Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan anak guamnya, peguam dan aktivis Siti Kassim (kiri). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan peguam dan aktivis Siti Kasim dibayar ganti rugi RM160,000 selepas membenarkan samannya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), 15 pegawainya dan tujuh individu lain berhubung penangkapan salah serta penahanan secara tidak sah semasa majlis makan malam kutipan derma di sebuah hotel pada 2016.
Ringkasan AI
Hakim Su Tiang Joo memerintahkan RM100,000 dibayar sebagai ganti rugi teladan, RM60,000 ganti rugi teruk dan RM100,000 sebagai kos guaman kepada Siti Kasim, atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim.
Ketika menyampaikan keputusan itu, mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, Siti Kasim berjaya membuktikan bahawa dia telah ditahan secara salah dan dikurung secara tidak sah oleh dua pegawai JAWI sebaik sahaja keluar dari dewan hotel tempat majlis berlangsung.
"Pada pertimbangan saya, telah berlaku salah guna kuasa oleh penjawat awam apabila defendan menjalankan serbuan dan menahan seorang peserta dalam satu majlis anjuran kerajaan negeri tanpa memastikan kuasa yang digunakan itu sah di sisi undang-undang sekali gus menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan yang tidak wajar," katanya.
Siti Kasim memfailkan saman itu pada September 2019 atas dakwaan penahanan secara tidak sah, salah guna kuasa oleh penjawat awam serta pelanggaran hak asasi terhadap kebebasan diri sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mendakwa dirinya tidak pernah menghalang mana-mana pegawai dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang peguam ketika insiden itu berlaku.
Pada 21 Ogos 2020, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang penjawat awam selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi benarkan saman Siti Kasim: Siti Kasim menang saman terhadap JAWI, 15 pegawainya dan tujuh individu lain atas penahanan salah semasa majlis makan malam amal pada 2016, dan dianugerahkan ganti rugi RM160,000 serta kos guaman RM100,000.
- Penahanan tanpa asas sah: Hakim Su Tiang Joo memutuskan bahawa pegawai JAWI tiada kuasa sah untuk menangkap Siti, yang hadir sebagai peguam, dan tindakan mereka menimbulkan ketakutan serta ketidakselesaan yang tidak wajar.
- Hak asasi dan kebebasan diri terjejas: Siti Kasim memfailkan saman pada 2019 atas dakwaan pelanggaran hak asasi, menyatakan beliau ditahan selama empat jam tanpa sebab dan mengalami tekanan mental serta penghinaan.