MALAYSIA
Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM
Pelantikan Siti Nurhaliza selama dua tahun menunjukkan langkah penting UiTM dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti. -Foto Instagram ctdk
PETALING JAYA: Selepas berjaya mengukir nama sebagai Biduanita Negara dan ikon seni yang disegani, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pelantikan berprestij itu bukan sekadar penghormatan terhadap legasi seninya, tetapi juga tanda pengiktirafan atas kejayaannya sebagai usahawan wanita yang berjaya membina empayar perniagaan berpaksikan nilai, kejujuran dan inovasi.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, berkata pelantikan yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula 15 Oktober 2025 itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti berkenaan.
Menurutnya, UiTM melihat Siti Nurhaliza sebagai simbol kejayaan yang melangkaui batas dunia hiburan, kerana beliau telah membuktikan seni dan perniagaan mampu berjalan seiring dalam mencipta nilai untuk masyarakat.
“Keupayaan beliau membangunkan jenama tempatan hingga dikenali di peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada ribuan pelajar dan usahawan muda untuk terus berani bermimpi dan berusaha,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung di Bangunan Tuanku Canselori Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, pada Khamis.
Majlis penuh berprestij itu turut disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Profesor Dr Shafinar Ismail, yang menyifatkan pelantikan tersebut sebagai sinergi di antara dunia akademik dan industri kreatif.
Shahrin turut menyatakan rasa bangga atas kehadiran penyanyi nombor satu negara itu ke dalam keluarga besar UiTM, sambil menzahirkan harapan agar pengalaman luas beliau dapat menjadi sumber inspirasi dan ilmu kepada mahasiswa.
“Pelantikan ini membuka ruang kolaborasi baharu antara UiTM dan industri, sekali gus memperkukuh jaringan ilmu serta peluang latihan dalam bidang keusahawanan sebenar,” jelasnya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza menerusi perkongsian di akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dengan penghargaan itu.
"Saya sebenarnya bukanlah individu yang layak menerima anugerah ini. Tetapi alhamdulillah berkat kelebihan saya menjadi anak seni memberi peluang kepada saya menjadi usahawan yang berjaya.
"Saya amat berbesar hati, ini satu amanah besar yang saya terima. Terbukanya hati saya untuk menerima disebabkan saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada," katanya.
Beliau menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar untuk memberi semula kepada masyarakat, khususnya dalam membimbing generasi muda memahami erti perjuangan dalam dunia perniagaan dan seni.
“Keusahawanan bagi saya bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang nilai kemanusiaan, ketulusan dan tanggungjawab sosial.
"Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, ia menuntut kesabaran dan keikhlasan hati,” katanya penuh makna.
Sebagai Profesor Adjung, Siti Nurhaliza akan terlibat dalam pelbagai inisiatif termasuk sesi masterclass, forum keusahawanan dan program bimbingan industri yang memberi pendedahan sebenar kepada pelajar tentang dunia perniagaan dan kreativiti.
Selain itu, Siti Nurhaliza juga dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan sektor industri kreatif, membuka peluang kolaborasi rentas bidang dalam pengkomersialan idea dan inovasi pelajar.
Dengan pelantikan ini, UiTM bukan sahaja meraikan seorang tokoh seni, tetapi juga memperkukuh jalinan ilmu dan pengalaman antara dunia akademia dan keindahan seni yang selama ini menjadi nadi inspirasi bangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), menandakan pengiktirafan terhadap kejayaannya dalam seni dan perniagaan serta memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti.
- Pelantikan Siti Nurhaliza dipandang sebagai inspirasi kepada pelajar dan usahawan muda untuk berani bermimpi dan berusaha, serta membina empayar perniagaan berpaksikan nilai, kejujuran, dan inovasi.
- Sebagai Profesor Adjung, Siti Nurhaliza akan terlibat dalam sesi masterclass, forum keusahawanan, dan program bimbingan industri untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia perniagaan dan kreativiti, serta memperkukuh hubungan antara UiTM dan sektor industri kreatif.
Pelantikan berprestij itu bukan sekadar penghormatan terhadap legasi seninya, tetapi juga tanda pengiktirafan atas kejayaannya sebagai usahawan wanita yang berjaya membina empayar perniagaan berpaksikan nilai, kejujuran dan inovasi.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, berkata pelantikan yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula 15 Oktober 2025 itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti berkenaan.
Menurutnya, UiTM melihat Siti Nurhaliza sebagai simbol kejayaan yang melangkaui batas dunia hiburan, kerana beliau telah membuktikan seni dan perniagaan mampu berjalan seiring dalam mencipta nilai untuk masyarakat.
“Keupayaan beliau membangunkan jenama tempatan hingga dikenali di peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada ribuan pelajar dan usahawan muda untuk terus berani bermimpi dan berusaha,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung di Bangunan Tuanku Canselori Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, pada Khamis.
Majlis penuh berprestij itu turut disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Profesor Dr Shafinar Ismail, yang menyifatkan pelantikan tersebut sebagai sinergi di antara dunia akademik dan industri kreatif.
Shahrin turut menyatakan rasa bangga atas kehadiran penyanyi nombor satu negara itu ke dalam keluarga besar UiTM, sambil menzahirkan harapan agar pengalaman luas beliau dapat menjadi sumber inspirasi dan ilmu kepada mahasiswa.
“Pelantikan ini membuka ruang kolaborasi baharu antara UiTM dan industri, sekali gus memperkukuh jaringan ilmu serta peluang latihan dalam bidang keusahawanan sebenar,” jelasnya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza menerusi perkongsian di akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dengan penghargaan itu.
"Saya sebenarnya bukanlah individu yang layak menerima anugerah ini. Tetapi alhamdulillah berkat kelebihan saya menjadi anak seni memberi peluang kepada saya menjadi usahawan yang berjaya.
"Saya amat berbesar hati, ini satu amanah besar yang saya terima. Terbukanya hati saya untuk menerima disebabkan saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada," katanya.
Beliau menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar untuk memberi semula kepada masyarakat, khususnya dalam membimbing generasi muda memahami erti perjuangan dalam dunia perniagaan dan seni.
“Keusahawanan bagi saya bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang nilai kemanusiaan, ketulusan dan tanggungjawab sosial.
"Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, ia menuntut kesabaran dan keikhlasan hati,” katanya penuh makna.
Sebagai Profesor Adjung, Siti Nurhaliza akan terlibat dalam pelbagai inisiatif termasuk sesi masterclass, forum keusahawanan dan program bimbingan industri yang memberi pendedahan sebenar kepada pelajar tentang dunia perniagaan dan kreativiti.
Selain itu, Siti Nurhaliza juga dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan sektor industri kreatif, membuka peluang kolaborasi rentas bidang dalam pengkomersialan idea dan inovasi pelajar.
Dengan pelantikan ini, UiTM bukan sahaja meraikan seorang tokoh seni, tetapi juga memperkukuh jalinan ilmu dan pengalaman antara dunia akademia dan keindahan seni yang selama ini menjadi nadi inspirasi bangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapa dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM?
A: Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. - Q: Apa tujuan pelantikan ini?
A: Mengiktiraf kejayaan beliau dalam seni dan perniagaan serta memperkukuh ekosistem keusahawanan UiTM. - Q: Bagaimana pelantikan ini beri inspirasi kepada pelajar?
A: Ia dorong pelajar dan usahawan muda untuk membina empayar berasaskan nilai, kejujuran dan inovasi. - Q: Apa peranan Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung?
A: Menyertai sesi masterclass, forum industri dan program bimbingan bersama pelajar.