awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Johor makin baik, mangsa berkurangan kepada 36,086 orang

Bernama
Bernama
15/03/2023
02:15 MYT
Situasi banjir di Johor makin baik, mangsa berkurangan kepada 36,086 orang
Keadaan di Kampung Sri Gading dan Pekan Sri Gading yang dinaiki air banjir. - Foto fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.
"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24)," menurut kenyataan itu.
JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.
Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan