awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Sarawak, Sabah semakin pulih, beberapa PPS ditutup

Bernama
Bernama
26/05/2021
03:37 MYT
Situasi banjir di Sarawak, Sabah semakin pulih, beberapa PPS ditutup
Keadaan banjir di Kampung Lama Tenom pada Isnin. Tujuh PPS di Tenom telah diisytiharkan tutup pagi ini menjadikan 20 PPS masih beroperasi di daerah itu setakat ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah menunjukkan perkembangan yang baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di daerah Limbang, utara negeri itu, menurun sedikit kepada 52 mangsa daripada 17 keluarga pagi ini berbanding 62 orang daripada 19 keluarga petang semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hanya dua PPS masih dibuka iaitu Dewan Kampung Bidang yang menempatkan 38 mangsa banjir daripada 13 keluarga dan Dewan Buloh Baloi dengan 14 mangsa daripada empat keluarga.
Di SABAH, mangsa banjir yang masih berlindung di PPS turun kepada 3,435 orang daripada 913 keluarga pagi ini berbanding 3,978 orang daripada 1,132 keluarga petang semalam.
JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan tujuh PPS di Tenom telah diisytiharkan tutup pagi ini menjadikan 20 PPS masih beroperasi di daerah itu setakat ini yang menempatkan 2,832 orang daripada 758 keluarga.
Sementara itu, mangsa banjir di Beaufort pula kekal seramai 603 orang daripada 155 keluarga yang kini berlindung di empat PPS.
Banjir sejak Khamis lepas akibat hujan lebat berterusan itu telah menjejaskan sebanyak 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir di Sarawak dan Sabah
#pusat pemindahan
#PPS
#mati lemas
#Beaufort
#Tenom
#Dewan Kampung Bidang
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan