awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir Sabah tidak berubah malam ini

Bernama
Bernama
08/02/2022
14:50 MYT
Situasi banjir Sabah tidak berubah malam ini
Situasi banjir di Pitas malam ini tidak berubah dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dan jumlah mangsa banjir di daerah itu kekal 583 orang daripada 190 keluarga. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Situasi banjir di Pitas malam ini tidak berubah dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dan jumlah mangsa banjir di daerah itu kekal 583 orang daripada 190 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam satu kenyataan memberitahu dua PPS itu Dewan Kampung Sinukab yang menempatkan 510 mangsa daripada 170 keluarga dan Dewan Kampung Kusilad dengan 73 mangsa daripada 20 keluarga.
"Hanya empat kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung," menurut kenyataan itu.
Cuaca pada petang dengan hujan renyai di sesetengah tempat di pantai barat Sabah antaranya Pitas, Kota Kinabalu, Sipitang, Kuala Penyu, Tenom dan Keningau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir sabah
#pitas
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan