[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat

Abd Razak Mohd Ali 12/12/2023 | 06:15 MYT
Sivakumar berkata, beliau akan memberi lebih tumpuan kepada rakyat di kawasan Parlimen Batu Gajah yang diwakilinya. - Gambar fail
IPOH: Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, beliau menerima keputusan digugurkan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) selepas mengangkat sumpah pada 2 Dis 2022.
"Saya terima keputusan Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga KSM yang sentiasa bekerjasama dengan saya," jawabnya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Katanya, beliau akan memberi lebih tumpuan kepada rakyat di kawasan parlimennya.
"Saya sentiasa berjiwa rakyat," ulasnya ringkas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Sivakumar satu-satunya menteri yang digugurkan.
Jawatan beliau diganti Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
#rombakan kabinet #V Sivakumar #Kabinet Malaysia 2024 #Kementerian Sumber Manusia