MALAYSIA

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19

Fareez Azman 13/04/2021 | 06:38 MYT
Sebelum ini, enam pelajar disahkan positif COVID-19 manakala 11 guru diperintahkan menjalani kuarantin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya pada Selasa. Bagaimanapun tempoh penutupan operasi sekolah terbabit akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum ini, enam pelajar disahkan positif COVID-19 manakala 11 guru diperintahkan menjalani kuarantin.

Lima bilik darjah ditutup sebelum ini susulan penularan wabak itu sejak minggu lalu.

Kes pertama dilaporkan pada 7 April lalu, sebelum kes kedua pada 9 April. Pada 11 April, dua lagi pelajar disahkan positif COVID-19.

Kesemua pelajar yang dijangkiti COVID-19 adalah pelajar tingkatan dua, empat dan lima.

Astro AWANI akan cuba mendapatkan sebarang perkembangan lanjut dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung situasi di sekolah itu.

[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara

#Astro Awani #Kementerian Kesihatan #KKM #Petaling Jaya #Kementerian Pendidikan #Malaysia #operasi #COVID-19 #sekolah #pelajar #pendidikan #kesihatan #guru #Cuba