Skip to main content

Malaysia

SJPP lulus pembiayaan RM4.9 bilion kepada 6,000 PMKS separuh pertama 2026 - Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini.  Kerajaan akan mendapatkan maklumat lanjut dan mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak berhubung dakwaan bahawa pengusaha stesen minyak menanggung kerugian semasa peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api sebelum ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar berkata kelulusan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan akses PMKS kepada pembiayaan, selain meringankan kos perniagaan dan menyokong kelangsungan operasi mereka. - Gambar/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) telah meluluskan pembiayaan bernilai RM4.9 bilion kepada lebih 6,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi separuh pertama 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SJPP ialah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan akses PMKS kepada pembiayaan, selain meringankan kos perniagaan dan menyokong kelangsungan operasi mereka.

Beliau menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, mengenai sama ada Kerajaan MADANI peka kepada cabaran yang dihadapi sektor perniagaan, khususnya usahawan PMKS dalam menghadapi senario global semasa dan langkah kerajaan untuk menyokong kelangsungannya.

Anwar berkata kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan bernilai lebih RM15 bilion bagi menyokong keperluan modal kerja PMKS.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, sebanyak RM5 bilion dikhususkan kepada bumiputera.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement