IPOH: Ingin mencipta kelainan serta memupuk minat murid terhadap bidang pertanian menjadi faktor utama merealisasikan hasrat warga Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia membangunkan projek penanaman padi dalam kawasan sekolah itu.
Guru Besar SK Rapat Setia Nor Hizan Abd Jalil berkata projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai ECORISE SKSR itu tercetus sejak awal Jun tahun lepas melalui perbincangan bersama melibatkan semua guru.
"Pada asalnya, kawasan (keluasan 0.006 hektar) yang kami bangunkan dengan projek (padi) ini adalah kawasan berair dan agak terbiar. Ia sedikit sebanyak merunsingkan kami dan bagi memastikan ia (kawasan) dioptimumkan, maka kami buat sedikit kajian tentang tanaman yang sesuai dengan kawasan berair.
"Kami dapati tanaman padi adalah antara yang sesuai. Kami sepakat dan buat kertas kerja untuk tarik perhatian pihak tertentu membantu sekolah untuk projek ini," katanya ketika ditemui Bernama di SK Sungai Rapat, di sini.
Terdahulu projek ECORICE SKRS yang merupakan modul dalam pelaksanaan program Kemahiran Melalui Rekabentuk (KMR) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak Datuk Mohamad Fauzi Mahson pada 16 Nov tahun lepas.
Ia juga merupakan projek penanaman padi dalam sekolah bandar yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Nor Hizan berkata inisiatif yang digerakkan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bersetuju untuk menjalinkan kerjasamabagi menjayakan projek tersebut.
Melalui jalinan tersebut, beliau berkata Perak SADC telah membiayai sepenuhnya projek berkenaan melalui pembekalan pelbagai kemudahan seperti kotak tanaman, benih padi, khidmat nasihat dan sebagainya
"Selain itu, Perak SADC melalui pegawai mereka kerap datang ke sini untuk melihat kemajuan (projek) serta pada masa yang sama beri nasihat tentang keperluan serta tatacara dalam mengendalikan projek ini.
"Untuk pusingan pertama tanaman ini, mereka (Perak SADC) akan bantu secara keseluruhan iaitu daripada penyediaan benih hingga proses penuaian nanti. Selepas itu, barulah kami yang akan mengendalikan keseluruhan projek," katanya.
Mengulas lanjut berkenaan projek tersebut, Nor Hizan berkata 15 kotak tanaman padi disediakan di kawasan itu dan dijangkakan pengeluaran hasil mampu mencecah hingga 150 kilogram (kg) untuk pusingan pertama yang diramal memasuki fasa penuaian pada penghujung Mac ini.
"Untuk tuaian hasil pertama ini mungkin kami nak buat kenduri melibatkan semua warga sekolah. Kami nak semua merasainya. Untuk pusingan seterusnya, mungkin kami boleh jual kepada masyarakat setempat untuk jana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah," katanya.
Selain itu, katanya kewujudan projek ini juga banyak memberi implikasi positif terutama dalam memupuk minat murid mendalami ilmu berkaitan bidang pertanian sejak dari awal.
"Ia bukan sekadar beri peluang kepada mereka (murid) melihat secara dekat proses penanaman padi. Sebaliknya, ia sebagai satu daripada cara untuk mereka meneroka ilmu baharu selain kemahiran bertanya dan mengumpul data serta menjana idea yang signifikan," katanya.
Ditanya perancangan dan hala tuju projek tersebut pada masa hadapan, Nor Hizan berharap ia akan dikekalkan selain menjadi perintis kepada sekolah lain untuk mencuba pendekatan sama.
Sementara itu, bagi murid Qaseh Insyirah Mohd Efendi, 11, berkata kewujudan projek berkenaan memberi peluang kepada dirinya untuk melihat dengan lebih dekat proses penanaman padi.
"Kami juga bantu cikgu untuk pantau pertumbuhan padi tersebut. Kalau ada serangga atau ulat yang ganggu kawasan padi itu kami akan laporkan pada cikgu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Tenaga pengajar dan murid-murid yang terlibat menjayakan projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai ECORISE SKSR di SK Rapat Setia, Ipoh. --fotoBERNAMA
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.
Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!
Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.