MALAYSIA
Skandal lebuh raya: Tan Sri dibenar keluar hospital, SPRM akan rakam keterangan - Azam Baki
Azam Baki berkata, pihaknya akan berhubung dengan Tan Sri terbabit untuk diambil keterangan dalam masa terdekat. - Foto arkib/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.
Ringkasan AI
Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan berhubung dengan Tan Sri terbabit untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
“Rakaman percakapan belum dapat dirakam terhadap Tan Sri berkenaan, namun demikian saya difahamkan doktor baru saja membenarkan beliau keluar daripada hospital dan pegawai saya akan secepat mungkin berhubung dengan beliau bagi tujuan buat janji temu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Menurut beliau, Tan Sri itu merupakan salah seorang saksi utama dalam siasatan SPRM, namun masih terdapat saksi-saksi lain yang telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Beliau memang salah seorang yang belum dirakam keterangan, tapi kita ada lagi rakaman percakapan saksi-saksi lain. Saya tidak boleh katakan selepas rakam percakapan beliau, ada saksi lain,” ujarnya.
Pada Sabtu, sumber memaklumkan, Tan Sri yang dikatakan sebagai pemegang konsesi lebuh raya berkenaan masih belum dirakam keterangan kerana sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
SPRM sebelum ini dilaporkan telah mendapat pengesahan daripada doktor yang merawat Tan Sri berkenaan mengenai status kesihatannya sebelum meneruskan proses mengambil keterangan.
Setakat ini, seramai 45 saksi yang dirakam percakapan telah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan harta dengan keseluruhan sitaan berjumlah kira-kira RM143 juta dalam siasatan penyelewengan ini.
Pihak SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.
Siasatan turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman alkohol mewah dalam simpanan Tan Sri itu dengan notis pengisytiharan harta juga telah diserahkan kepada Tan Sri dan pihak berkaitan.
Jumlah terkini sitaan membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta, sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.
Turut disita adalah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta, tas tangan bernilai RM3 juta, barang kemas serta berlian sebanyak RM6 juta dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.
Antara lain ialah sitaan membabitkan minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta aktiviti perjudian dianggarkan kira-kira RM20 juta.
Ringkasan AI
- Seorang individu bergelar Tan Sri yang disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana lebuh raya telah keluar hospital dan akan dipanggil memberi keterangan.
- SPRM telah merakam keterangan 45 saksi lain dan menyita pelbagai aset bernilai RM143 juta termasuk jam tangan, kereta mewah dan hartanah.
- Tan Sri itu juga disiasat berhubung pemilikan aset luar negara dan aktiviti perjudian bernilai jutaan ringgit.