MALAYSIA
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Azam (foto) berkata siasatan yang sedang dijalankan, turut mengambil kira kemungkinan wujud kelemahan sistem, prosedur serta isu sedia ada dalam kementerian berkenaan, susulan siasatan berterusan terhadap beberapa pegawai tertinggi ATM. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siasatan skandal rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi semakan menyeluruh terhadap prosedur dan sistem dalam Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan tidak terhad kepada kes tertentu sahaja, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata siasatan yang sedang dijalankan, turut mengambil kira kemungkinan wujud kelemahan sistem, prosedur serta isu sedia ada dalam kementerian berkenaan, susulan siasatan berterusan terhadap beberapa pegawai tertinggi ATM.
"Dalam isu perolehan di MINDEF, perkara yang menjadi perhatian masyarakat ialah soal ketelusan dan tadbir urus.
"Kita tidak boleh hanya melihat kepada kes yang sedang disiasat sekarang, tetapi juga beberapa isu lain yang mungkin telah lama wujud dalam MINDEF," katanya.
Azam berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat serta beberapa pegawai kanan ATM yang dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Terdahulu, Azam menghadiri dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan HELP University, di sini hari ini.
Azam berkata siasatan itu menunjukkan isu berkenaan bukan berskala kecil, berdasarkan kedudukan dan pangkat individu yang terlibat.
"Berdasarkan pangkat yang terlibat, isu ini sememangnya besar," katanya sambil tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai akan dikenal pasti serta dipanggil bagi membantu siasatan, apabila ia diteruskan.
Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan MINDEF, termasuk isu semasa serta penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur dan peraturan dalaman kementerian berkenaan.
"SPRM akan memberi tumpuan kepada aspek peraturan, prosedur serta isu ketirisan yang menjadi antara kebimbangan utama pihak kami selaku badan penguat kuasa, demi kepentingan rakyat," katanya.
Azam turut memuji tindakan Mohamed Khaled yang mengumumkan rancangan merombak semula Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan kepercayaan rakyat serta memperkukuh integriti dan tadbir urus sektor pertahanan negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Siasatan rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk semakan prosedur di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dilakukan secara menyeluruh tanpa terhad kepada kes tertentu sahaja, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan perhatian terhadap ketelusan dan tadbir urus dalam isu perolehan di MINDEF, menekankan pentingnya melihat isu-isu lama yang mungkin wujud dalam kementerian tersebut.
- SPRM akan berbincang dengan Menteri Pertahanan bagi menangani isu MINDEF, termasuk menambahbaik prosedur dalaman dan memperkukuh integriti sektor pertahanan negara bagi kepentingan rakyat.
Beliau berkata siasatan yang sedang dijalankan, turut mengambil kira kemungkinan wujud kelemahan sistem, prosedur serta isu sedia ada dalam kementerian berkenaan, susulan siasatan berterusan terhadap beberapa pegawai tertinggi ATM.
"Dalam isu perolehan di MINDEF, perkara yang menjadi perhatian masyarakat ialah soal ketelusan dan tadbir urus.
"Kita tidak boleh hanya melihat kepada kes yang sedang disiasat sekarang, tetapi juga beberapa isu lain yang mungkin telah lama wujud dalam MINDEF," katanya.
Azam berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat serta beberapa pegawai kanan ATM yang dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Terdahulu, Azam menghadiri dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan HELP University, di sini hari ini.
Azam berkata siasatan itu menunjukkan isu berkenaan bukan berskala kecil, berdasarkan kedudukan dan pangkat individu yang terlibat.
"Berdasarkan pangkat yang terlibat, isu ini sememangnya besar," katanya sambil tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai akan dikenal pasti serta dipanggil bagi membantu siasatan, apabila ia diteruskan.
Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan MINDEF, termasuk isu semasa serta penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur dan peraturan dalaman kementerian berkenaan.
"SPRM akan memberi tumpuan kepada aspek peraturan, prosedur serta isu ketirisan yang menjadi antara kebimbangan utama pihak kami selaku badan penguat kuasa, demi kepentingan rakyat," katanya.
Azam turut memuji tindakan Mohamed Khaled yang mengumumkan rancangan merombak semula Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan kepercayaan rakyat serta memperkukuh integriti dan tadbir urus sektor pertahanan negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah skop siasatan rasuah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang sedang dijalankan oleh SPRM?
A: Siasatan melibatkan semakan menyeluruh terhadap prosedur dan sistem dalam MINDEF, tidak terhad kepada kes tertentu sahaja, serta mengambil kira kemungkinan kelemahan sistem, prosedur, dan isu sedia ada dalam kementerian. - Q: Mengapa Ketua Pesuruhjaya SPRM menekankan pentingnya melihat kepada isu-isu lain selain kes yang sedang disiasat dalam MINDEF?
A: Kerana beliau berpendapat penting untuk memerhatikan soal ketelusan, tadbir urus, dan isu-isu yang mungkin telah lama wujud dalam MINDEF, bukan hanya terhad kepada kes yang sedang disiasat. - Q: Apakah yang menjadi fokus utama SPRM dalam siasatan rasuah yang melibatkan individu berpangkat tinggi?
A: SPRM memberi tumpuan kepada aspek peraturan, prosedur, dan isu ketirisan yang menjadi antara kebimbangan utama mereka sebagai badan penguat kuasa, demi kepentingan rakyat. - Q: Mengapa SPRM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan untuk membincangkan perkara berkaitan MINDEF?
A: Pertemuan dijadualkan bagi membincangkan isu semasa serta penambahbaikan prosedur dan peraturan dalaman kementerian, termasuk rancangan merombak Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh. - Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh Mohamed Khaled Nordin untuk memulihkan kepercayaan rakyat dan memperkukuh integriti dalam sektor pertahanan negara?
A: Mohamed Khaled mengumumkan rancangan merombak semula Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh, sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan kepercayaan rakyat dan memperkukuh integriti serta tadbir urus sektor pertahanan negara.