Skandal RM14.9 juta: Rampasan wang pelacuran terbesar JIM

Astro Awani
November 29, 2017 09:17 MYT
Mustafar menjelaskan, kegiatan haram itu diselindungi dengan perusahaan spa yang beroperasi di hotel yang telah beroperasi sejak 1999. - Gambar fail
Siasatan dan penahanan suspek terbaru kes sindiket pelacuran oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam turut merampas RM1.45 juta lagi.
Ini menjadikan keseluruhan RM14.9 juta wang tunai dirampas oleh JIM, jumlah terbesar setakat ini.
Wang yang dirampas di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di Kota Kinabalu, Sabah itu disimpan dalam sebuah peti besi dengan nilai RM100 dan RM50.
Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali, penahanan wanita berumur 46 tahun yang dipercayai isteri dalang sindiket itu menjadikan keseluruhan 17 individu yang ditahan
Keseluruhannya, empat individu yang dipercayai dalang ditahan setakat ini sejak 'Op Gegar' minggu lalu.
BACA: Skandal RM13.5 juta: Isteri salah seorang suspek ditahan
BACA: Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi
BACA: Imigresen tubuh pasukan khas siasat penemuan RM13.04 juta di Sabah
BACA: Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?
Mustafar menjelaskan, kegiatan haram itu diselindungi dengan perusahaan spa yang beroperasi di hotel yang telah beroperasi sejak 1999.
Mengulas mengenai wang rampasan berkenaan, Mustafar berkata pihak JIM berkongsi maklumat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi siasatan
#haram #hotel #Imigresen #Jabatan Imigresen Malaysia #JIM #Lembaga Hasil Dalam Negeri #LHDN #Malaysia #Mustafar Ali #nilai #pelacuran #rumah #siasatan #sindiket #Suruhanjaya Syarikat Malaysia #suspek #wanita