awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/11/2017
04:44 MYT
Sabah: RM11 juta ditemui ... Milik siapa?
hasil daripada serbuan itu, anggota penguatkuasa berjaya menemui wang tunai dianggarkan RM11 juta membabitkan dua lokasi iaitu sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Kota Kinabalu. - Gambar fail
Wang tunai dianggarkan bernilai RM11 juta ditemui oleh pihak berkuasa dalam serbuan di dua lokasi berasingan termasuk di sebuah hotel di sini, pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang mengadakan Op Gegar selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.
Menurut sumber, hasil daripada serbuan itu, anggota penguatkuasa berjaya menemui wang tunai dianggarkan RM11 juta membabitkan dua lokasi iaitu sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Kota Kinabalu.
"Dalam serbuan pertama, kita berjaya menemui sejumlah wang mencecah jutaan ringgit dan susulan daripadanya, sebuah pangsapuri lagi diserbu dan turut ditemui jumlah wang jutaan ringgit.
"Semua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini,"katanya.
Sementara itu, JIM Sabah dijangka akan membuat satu sidang media berkenaan kes terbabit pada petang ini.
Topic Berkaitan
#11 juta
#Imigresen
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Kota Kinabalu
#Media
#Op Gegar
#pangsapuri
#pelacuran
#polis
#Sabah
#serbuan
#sindiket
#wang
#wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan