awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2024
10:58 MYT
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Menurut Hajiji, beliau tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana kes ini sedang dalam siasatan dan sebarang kenyataan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa mengenai perolehan projek mineral membabitkan Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, beliau tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana kes ini sedang dalam siasatan dan sebarang kenyataan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Bagaimanapun, Hajiji memberi jaminan pengurusan pentadbiran baharu SMM adalah teratur serta mengikut tadbir urus yang baik, tambahnya dalam ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada Rabu.
Semua pertimbangan dan kelulusan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.
Ia susulan siasatan SPRM berkaitan rasuah perolehan projek mineral membabitkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#skandal Sabah Mineral
#Jontih Enggihon
#Sabah Mineral Management
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan