[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
KINI-TRENDING

Skellie, bintang Instagram unik

Umaira Uyop 14/01/2015 | 13:58 MYT
Skellie gemar berkongsi aktiviti harian di laman Instagram seperti mana remaja lain. Sumber Foto: Instagram
Skellie, selebriti Instagram terbaru yang semakin menempa populariti.
Apa yang istimewa tentang Skellie?
Dia adalah skeleton dalam bentuk seorang gadis.
Seperti mana gadis lain, Skellie berkongsi aktiviti hariannya di laman sosial Instagram.
Antaranya, ialah melakukan rawatan muka, merakamkan gambar makanan, melakukan senaman di gimnasium, berparti dan juga ber'selfie'.
Malah gambar-gambar yang dirakamkan juga sangat cantik dan menarik.
Skellie mengumpul lebih 137 ribu pengikut sehingga kini dan jumlah itu semakin bertambah setelah kisahnya dikongsi di pelbagai platform media sosial.
Jika anda ingin melihat aksi-aksi skeleton popular ini, ikuti akaun Instagram @omgliterallydead.
skellie
skellie
skellie
skellie
#Instagram #skellie