awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

S.Kesavan jawab isu keluar parti hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2014
01:15 MYT
S.Kesavan jawab isu keluar parti hari ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan akan menjelaskan isu surat keluar parti dalam satu sidang media yang akan diadakan di Wisma Keadilan, Ipoh, hari ini.
Kesevan dijangka akan menjelaskan mengenai surat keluar parti yang didakwa dihantar oleh beliau kepada speaker DUN Perak.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan surat yang tersebar di media sosial itu adalah palsu.
Boon Chye menjelaskan kamera litar tertutup di pejabat speaker DUN Perak telah berjaya merakam seorang lelaki memasuki pejabat tersebut dan menyerahkan surat itu kepada kerani bertugas.
Namun kerani berkenaa tidak merekodkan maklumat individu yang menyerahkan surat tersebut.
Yang masih menjadi tanda tanya banyak pihak, apabila surat yang betarikh dua Januari itu hanya diterima oleh pejabat speaker DUN Perak pada Selasa.
Usaha Astro AWANI mendapatkan penjelasan daripada pejabat speaker DUN Perak sehingga kini masih lagi tidak berjaya.
Sebelum itu Biro Komunikasi PKR juga turut mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial sejak tengah hari.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan PKR telah mendapat penjelasan daripada S. Kesavan mengenai perkara tersebut.
"Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti.
"YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut," katanya.
Beberapa pemimpin PKR juga menafikan berita S. Kesevan keluar parti. ADUN Teja, Chang Lih Kang menerusi akaun twitternya menafikan khabar angin tersebut.
YB Kesavan denied outright about the rumour of him quitting the party. I hv spoken to him 20 min ago. #fb
— Chang Lih Kang (@changlihkang) February 4, 2014
Salinan surat tersebut yang diterima oleh pejabat Speaker pada Selasa, 4 Februari kini tersebar di dalam alam maya.
surat kesevan
surat kesevan
Topic Berkaitan
#ADUN Hutan Melintang
#keluar parti
#PKR
#S.Kesevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan