PUTRAJAYA:Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) hari ini melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu membiayai usahawan sektor tidak formal yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SPIN dijangka memberi manfaat kepada 10,000 usahawan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.
Menurutnya, tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga tiga tahun dengan kadar keuntungan sebanyak empat peratus setahun.
"Golongan usahawan tidak formal inilah yang amat terkesan dengan situasi COVID-19.
"Ini berikutan kebanyakannya bergantung kepada gaji harian dan tiada simpanan wang untuk bertahan mahu pun dijadikan sebagai modal bagi beralih ke perniagaan baharu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan SPIN di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata walaupun baru dilancarkan, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan SPIN berjumlah RM6.1 juta kepada 842 usahawan sejak November lepas.
Menurutnya, antara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan."Kita tidak letak banyak syarat...ini kerana kalau banyak syarat, kita takkan (dapat) bantu orang," katanya.
Beliau berkata, data Jabatan Perangkaan menunjukkan terdapat hampir 1.26 juta guna tenaga dalam sektor tidak formal dengan 71.7 peratus daripadanya bekerja sendiri atau mengusahakan perniagaan mikro.
Wan Junaidi berkata pada masa sama, SPIN juga menggalakkan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM bagi membolehkan mereka membuat pembiayaan secara ulangan.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 26,326 permohonan bagi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) membabitkan nilai pembiayaan RM200 juta, telah diluluskan sejak dilancarkan pada April lepas.
Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pula telah memberi manfaat kepada 14,966 usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM100 juta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020

Wan Junaidi berkata SPIN dijangka memberi manfaat kepada 10,000 usahawan tidak berdaftar dengan SSM.

'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....
Pihak berkuasa mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant.

Masa 'musuh' utama Che Adam tawan tujuh puncak gunung
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berjaya menakluki tujuh puncak gunung di Semenanjung Malaysia dalam tempoh seminggu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught Malaysia kini 1.18 | PKPD di Tawau, Kota Bharu & Bentong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15 - Tun M
Beliau ketika ini berada dalam keadaan serba salah memandangkan keputusan awal yang dibuatnya sebelum ini adalah tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

AWANI Pagi: Evolusi seni helaian tudung era kini
Fesyen hijab dengan kreativiti para pereka telah memenuhi sebahagian daripada tuntutan zaman terutama dalam zaman pasca modenisme. Kalau dahulu wanita bertudung dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Berbeza hari ini, dengan kemunculan pelbagai trend dan fesyen tudung di pasaran telah mendorong lebih ramai wanita memakai hijab. Hari ini kita bawakan dua gaya dari dua jenama. Kita bersama pelukis, Amy Hashim, yang mengeluarkan Aha Scarves dan Ketua Pegawai Pembangunan Peniagaan Bokitta Malaysia Datin Ayu Roslan.

AWANI Global: COVID-19 | Adakah setimen islamofobia meningkat di Eropah?
COVID-19: Adakah setimen islamofobia meningkat di Eropah? Adakah COVID-19 memburukan lagi islamofobia di Eropah? Apakah dapatan dan cadangan daripada European Islamophobia Report edisi terkini? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Editor Bersama laporan, Enes Bayrakli.

Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana pada 9 April lepas.

Ramadan 2021: Kenapa mengantuk lepas makan?
Lepas makan mesti mengantuk, apatah lagi di bulan Ramadan ini, khususnya selepas waktu sahur dan berbuka.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.

TEKUN Nasional lulus RM8.5 juta pinjaman SPIN kepada 1,345 usahawan
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) meluluskan pinjaman berjumlah RM8.5 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) sehingga Mac lepas melibatkan 1,345 pemohon di seluruh negara.

PEMERKASA: Dana tambahan RM500 juta bagi pembiayaan mikro kredit - PM Muhyiddin
Kerajaan menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.

Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.

Skim pembiayaan baharu, SPIN sedia RM50 juta bantu usahawan tidak formal
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) hari ini melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Pendapatan dari RM200,000 sebulan ke RM42,000 sebulan akibat kesan COVID-19
COVID-19 membawa pelbagai cerita, baik suka mahupun duka namun dalam dunia perniagaan, lazimnya ia tidak dapat lari dari kisah menanggung kerugian dan hilang sebahagian besar pendapatan.

Usahawan manfaat CBRM untuk kembangkan perniagaan
Antara usaha yang akan dilakukannya termasuk memperhebat sistem pendigitalan perniagaan dengan mempelbagaikan saluran e-dagang.

CBRM bantu usahawan PKS terjejas COVID-19 kembangkan perniagaan
Geran itu membolehkan lebih banyak syarikat PKS melanggan atau menggunakan perkhidmatan berkaitan digitalisasi perniagaan.

Semak Fakta: Perkeso buat laporan polis iklan palsu ujian saringan COVID-19
Perkeso buat laporan polis berhubung pemalsuan iklan ujian saringan COVID-19 seperti yang dikeluarkan olen sebuah syarikat yang mendakwa berdaftar sebagai panel agensi itu.

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan TEKUN terima 7,681 permohonan
Untuk maklumat lebih lanjut, pemohon boleh melayari laman web TEKUN Nasional di www.tekun.gov.mu atau menghubungi talian 03-9059 8888.

COVID-19: RM200 juta bantu 33,000 usahawan mikro
Seramai 33,000 usahawan mikro disasarkan yang akan mendapat manfaat daripada skim CBRM ini dengan nilai maksimum pembiayaan ialah sehingga RM10,000.