Kementerian Sumber Manusia berhasrat memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial kepada kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bagi melindungi kebajikan mereka.
Menterinya M Kulasegaran berkata buat masa ini pihaknya sedang menunggu hasil kajian melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), yang dijangka siap pada April atau Mei ini sebelum memperkenalkan skim terbabit.
"Kajian untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ini bertujuan untuk mendapatkan pro dan kontra skim itu, kebaikan dan risiko yang dihadapi mereka.
"Selepas itu, kita (Kementerian Sumber Manusia) tengok apa yang kita boleh buat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Perkeso 2020 di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Amir Omar dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Kulasegaran berkata sebelum ini terdapat satu kajian dilakukan berhubung mengapa rakyat Malaysia cenderung bekerja di Singapura dan hasilnya mendapati bahawa gaji lumayan merupakan faktor utama rakyat Malaysia bekerja di republik itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, minat rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara bukan perkara baharu sebaliknya terdapat kira-kira sejuta rakyat negara ini bekerja di seluruh dunia.
Beliau dalam pada itu memberitahu, seramai 45,923 Orang Bekerja Sendiri (OBS) direkodkan sudah mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sejak 1 Jun 2017 sehingga semalam.
"Sewaktu SKSPS diperkenalkan pada 1 Jun 2017, ia dikuatkuasakan ke atas sektor pengangkutan penumpang sebagai permulaan iaitu pemandu teksi dan e-panggilan dan kemudiannya pemandu bas. Kini, SKSPS meliputi OBS di 20 sektor tidak formal.
"Walaupun secara relatifnya peratusan yang mencarum SKSPS terlalu kecil jika dibandingkan dengan 2.8 juta OBS yang layak, namun, trend pendaftaran dan caruman kian meningkat saban hari," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan Kulasegaran turut menyampaikan sumbangan ang pau dan hamper kepada 14 anak yatim, 13 ibu tunggal serta sembilan penerima Faedah Hilang Upaya Kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020

Kulasegaran berkata, minat rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara bukan perkara baharu sebaliknya terdapat kira-kira sejuta rakyat negara ini bekerja di seluruh dunia. - Gambar fail

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

Bekerja dengan amanah, patuh ajaran Islam - Idris Ahmad
Amalan itu akan memberi manfaat seimbang, antara tuntutan dunia dan akhirat.

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal
Hasil kajian melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura oleh Perkeso dijangka siap pada April atau Mei ini.

Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.