MALAYSIA
Skim Ponzi MBI: Tan Sri ditahan, aset RM527 juta dibekukan
Muhammed Hasbullah ketika sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri antara tiga individu yang ditahan baru-baru ini selepas dipercayai terlibat dalam skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group (MBI).
Ringkasan AI
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia antara 46 hingga 58 tahun itu ditahan dalam serbuan menerusi Op Northern Star yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang antara 1 hingga 17 Mei lalu.
“Siasatan mendapati suspek terbabit dipercayai menjadi proksi kepada sindiket itu dengan menjalankan perniagaan bagi tujuan mencuci wang hasil penipuan pelaburan berkenaan.
“Hasil tangkapan ini, polis telah membekukan aset dan harta yang dipercayai hasil daripada kegiatan haram sindiket terbabit dengan nilai keseluruhan berjumlah RM527,468,296.11,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, antara aset yang dibekukan termasuk empat kapal layar mewah bernilai RM36.3 juta, 477 unit hartanah (RM150 juta), empat unit kondominium (RM12 juta), 37 akaun bank (RM328,088,127.11), dan wang tunai sebanyak RM283,070.
“Turut disita dan dibekukan tiga buah kereta mewah bernilai RM637,100, dua jam tangan mewah (RM160,000), lima telefon bimbit serta pelbagai dokumen.
“Tangkapan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah ditahan berkaitan skim pelaburan terbabit adalah seramai 17 orang, manakala nilai keseluruhan pembekuan dan penyitaan kini mencecah RM3.81 bilion,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammed Hasbullah menjelaskan bahawa tiada penglibatan ahli politik dikenal pasti setakat ini dalam sindiket terbabit, namun tidak menolak kemungkinan tersebut.
Jelas beliau, siasatan masih diteruskan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan serta pembekuan aset akan dilakukan.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa pihaknya telah menahan lapan individu dan merampas aset bernilai RM3.17 bilion pada 11 April lalu hasil maklumat daripada Notis Merah Interpol.
Pada 22 April lalu, Muhammed Hasbullah memaklumkan beberapa lagi individu termasuk ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ turut ditahan di Lembah Klang serta utara tanah air dengan nilai pembekuan aset sebanyak RM3.51 bilion. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bersama dua lelaki tempatan lain telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan MBI International Group melalui operasi Op Northern Star.
- Polis telah membekukan aset bernilai lebih RM527 juta termasuk kapal layar mewah, hartanah, akaun bank, kereta mewah, jam tangan dan wang tunai yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram sindiket tersebut.
- Jumlah tangkapan kini mencecah 17 orang dengan nilai keseluruhan aset disita sebanyak RM3.81 bilion. Tiada ahli politik dikenal pasti terlibat setakat ini, namun siasatan masih diteruskan dan lebih banyak tangkapan dijangka.