awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKM umum pelantikan Zazali dan Rusli jadi Pengerusi, Timbalan Eksekutif baharu

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2021
03:37 MYT
SKM umum pelantikan Zazali dan Rusli jadi Pengerusi, Timbalan Eksekutif baharu
Noh (kiri) bersama Zazali (Kanan) dan Rusli (tengah) selepas menyampaikan watikah perlantikan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM pada Selasa. - Foto SKM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Zazali Haron, 59, sebagai Pengerusi Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Disember 2021.
Dalam satu kenyataan, SKM menjelaskan, Rusli Jaafar, 58, pula yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif yang baharu.
"Zazali Haron merupakan lulusan Master in Trade and Development, Eastern Michigan University.
"Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM sejak 21 Mei 2020. Telah berkhidmat selama 36 tahun di beberapa SKM Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi.
"Rusli Jaafar yang berasal dari Kuala Selangor merupakan lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), UKM pernah berkhidmat sebagai Pengarah SKM Negeri Selangor pada tahun 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan Pengarah di beberapa bahagian di Ibu Pejabat. Telah berkhidmat selama 28 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi," jelas kenyataan itu pada Rabu.
BACA: Program Transfer bantu pulih ekonomi koperasi terjejas - SKM
BACA: Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM
Majlis ringkas penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sendiri di Menara Bank Rakyat pada Selasa.
SKM sebelum ini mengumumkan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dengan peruntukan RM20 juta untuk memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas menerusi penerokaan peluang baharu.
Program itu juga antara tiga lagi program lain di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi diketengahkan SKM dalam memulih dan mempergiatkan semula aktiviti ekonomi koperasi.
SKM adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali JPK.
Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.
Topic Berkaitan
#SKM
#ekonomi
#Noh Omar
#JPK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan