Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.
Pendakwah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata langkah itu bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibendung lebih awal.
"Berceramah melalui media sosial ini baik, tapi ia perlu dipantau dan diberi pengawasan seketat-ketatnya.
"Dalam hal ini, pihak polis perlu menyenaraikan individu yang dilihat berhujah tanpa asas dengan memanipulasi Al-Quran dan Hadis untuk membawa fahaman ekstremis melalui YouTube," katanya.
Beliau mengulas saranan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay supaya orang ramai tidak mempercayai dakyah yang disampaikan penceramah bebas di YouTube, bagi mengelak penularan fahaman ekstremis.
Mengulas lanjut, Wan Akashah berkata pihak berkuasa agama juga perlu tampil memberi bantuan dalam mengesan sama ada intipati ceramah yang disampaikan penceramah melalui media sosial itu bersandarkan Islam atau sebaliknya.
"Ini bagi menapis senarai penceramah yang berkualiti serta memastikan individu yang layak sahaja boleh menyampaikan ceramah agama di negara ini," katanya.
Beliau turut menyarankan majlis-majlis agama Islam negeri supaya mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap pendakwah yang tidak bertauliah di negeri masing-masing.
Selain itu, Wan Akashah menasihatkan orang ramai supaya menyelidik latar belakang penceramah yang ditonton mereka melalui media sosial sebelum menerima sepenuhnya apa yang disampaikan mereka.
"Laporkan kepada pejabat agama jika ada pendakwah atau guru agama tidak bertauliah mengajar di tempat mereka.
"Masyarakat juga perlu berhati-hati sebelum memberikan sumbangan kepada mana-mana pihak atau penceramah bebas dalam usaha menyekat penyebaran fahaman bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Bernama
Mon Dec 28 2015
WAN AKASHAH: Pihak polis perlu menyenaraikan individu yang dilihat berhujah tanpa asas dengan memanipulasi Al-Quran dan Hadis.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Jakim, agensi penguat kuasa perlu ambil tindakan serius siasat, banteras aliran menyimpang - PM
Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah.
RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
154 ajaran difatwakan sesat
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak tahun 1950 hingga kini.
Perak benar amal Tarekat Naqsyabandiah bersyarat
Kerajaan negeri Perak membenarkan amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani secara bersyarat melalui pewartaan fatwa mengenainya pada 22 Julai lalu.
Ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia tidak bercanggah kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah
Amalan yang terkandung dalam ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.
Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani
Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, kebenaran itu diputuskan MKI kali ke-117 pada tahun 2020.
Kesiapsiagaan hadapi kesan perubahan ekstrem iklim antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Menteri Wilayah Persekutuan semasa sesi soal jawab.
Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.