awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup

Bernama
Bernama
09/03/2019
22:00 MYT
SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup
Sehingga kini terdapat 870 pusat internet yang sedang beroperasi di seluruh negara yang merupakan antara inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat SKMM. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Sabtu menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.
"SKMM mengesahkan bahawa pusat internet di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak berkenaan digesa untuk memberi justifikasi serta keterangan yang lanjut kepada SKMM.
Menurut kenyataan itu, sehingga kini terdapat 870 pusat internet yang sedang beroperasi di seluruh negara yang merupakan antara inisiatif di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat SKMM.
Antara kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, sekali gus memperkasakan tahap ekonomi tempatan, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#celcom
#cuai
#Nusuara Technologies
#perkhidmatan
#Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat
#pusat internet
#SKMM
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan