Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diperkukuh.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, SKMM komited untuk memperhebatkan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Untuk tujuan itu, SKMM telah mewujudkan sebuah pasukan penguatkuasaan berdedikasi bagi menangani kandungan di media sosial yang telah melanggar undang-undang ataupun yang berupaya mencetuskan kebimbangan dan kekacauan awam agar tindakan penguatkuasaan segera dapat diambil, katanya.
VIDEO: Jumpa pihak berkepentingan sebelum pindaan - SKMM
VIDEO: Kerajaan tingkat penguatkuasaan, perkemas undang-undang SKMM
Dr. Halim menambah, langkah tersebut adalah perlu menyedari bahawa platform tersebut kini disalah guna oleh segelintir pihak untuk menyebarkan pembohongan dan menyemai kebencian yang memudaratkan ketenteraman awam.
Sesetengah peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia perlu dipinda bagi memperkasakan peranan penguatkuasaan SKMM. Sebagai contoh, penalti untuk kesalahan-kesalahan perlu diteliti semula bagi memastikan AKM dilihat lebih berkesan sebagai satu langkah pencegahan, katanya.
Dr. Halim menjelaskan, pindaan kepada AKM perlu mengambil kira keadaan persekitaran dalam talian yang sudah berubah sepanjang tempoh 17 tahun yang lalu memandangkan Akta berkenaan digubal pada 1998. Sebagai contoh, pada 1998, media sosial masih tidak wujud ketika itu. Untuk menangani aspek tersebut, perlu ada klasifikasi hukuman dalam AKM serta penerangan jelas berhubung tindakan penguatkuasaan yang diperlukan.
Satu lagi trend untuk dipertimbangkan ialah para pengguna yang menggunakan maklumat tersebut kini juga adalah pihak yang menerbitkan kandungan.
Dr. Halim turut menegaskan, kajian semula AKM bukan hanya berkisar kepada usaha memperkukuh keupayaan penguatkuasaan SKMM semata-mata. Malahan, banyak lagi bahagian dalam AKM dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Akta MCMC) yang turut dikaji mengambil kira lanskap industri Komunikasi dan Multimedia yang sudah jauh berubah.
Beliau turut melahirkan harapan kajian semula ke atas AKM dan Akta MCMC akan mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan kondusif kepada pengguna untuk menggunakan Internet secara positif, selain menghalang pengguna menggunakan Internet untuk mencetuskan kebimbangan dan ketidakstabilan kepada negara.
MCMC akan meneruskan usaha memperhebat literasi media untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik pengguna menggunakan Internet secara positif menerusi program-program literasi media yang sedang berlangsung ketika ini. Menyekat akses kepada kandungan dalam Internet tidak semestinya jalan penyelesaian utama.
Orang awam mesti sedar akan kepentingan menggunakan Internet secara bertanggungjawab dan positif. Kita harus mengelak situasi di mana majoriti pengguna yang menggunakan Internet secara bertanggungjawab menerima kesan hanya kerana perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pengguna. Langkah terbaik ialah untuk sentiasa berpegang kepada kebenaran, kata Dr. Halim.
Bernama
Wed Aug 05 2015
Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, SKMM komited untuk memperhebatkan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang. - Gambar Fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
SKMM sambut baik saranan PM perkukuh aspek perundangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diperkukuh.