Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan ke atas rumah seorang suspek di Bemban, Melaka, berhubung penyebaran kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara di akaun Facebook dan blog disyaki miliknya.
Siasatan awal mendapati, suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama 'Abu Leman' merupakan pentadbir kepada kedua-dua laman tersebut, kata Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Datuk Mohd Shafie Harun.
"Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan.
"Rakaman percakapan daripada suspek juga telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Cyberjaya hari ini.
Menurut Mohd Shafie, serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Katanya, tindakan diambil selepas pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Mohd Shafie menegaskan, SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang berkenaan.
Pada masa sama, pengguna media sosial disaran mempertingkat kawalan kendiri mereka ketika mengakses Internet dan tidak menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraman awam.
Astro Awani
Thu May 02 2019

Menurut SKMM, rakaman percakapan suspek pemilik akaun FB dan blog itu juga telah diambil.
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.

Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

SKMM serbu rumah pemilik akaun FB 'Abu Leman'
Suspek yang disyaki miliki akaun Facebook dan blog 'Abu Leman' disoal-siasat kerana sebar kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.