awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM tahan tiga individu salah guna media sosial

Bernama
Bernama
31/03/2019
15:48 MYT
SKMM tahan tiga individu salah guna media sosial
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu dalam serbuan untuk mengekang penyalahgunaan media sosial.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM Datuk Mohd Shafie Harun berkata kesemua individu ditahan atas kesalahan menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan niat mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.
"Dalam serbuan itu, turut dirampas sejumlah 16 barang kes berupa kad SIM, kad memori, telefon bimbit, cakera keras luaran (external hard disk) dan komputer riba, selain penemuan gambar-gambar lucah dan video seks berkaitan dengan kes-kes yang disiasat.
"Operasi serbuan kali ini tertumpu kepada empat lokasi iaitu di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Serbuan terbaru ini dibuat selepas pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai dan menyusul hanya seminggu selepas serbuan sama dijalankan di 11 lokasi di beberapa buah negeri yang lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohd Shafie kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Kandungan yang diterima dalam telefon pengadu dan kad SIM serta telefon bimbit perlu diserahkan kepada Jabatan Forensik Digital SKMM untuk analisa forensik digital.
Sehingga 30 Mac, SKMM telah menerima 110 kes berkaitan salah guna media sosial, manakala tahun lepas sahaja sebanyak 237 kes direkodkan. Selain itu 710 barang kes disita dari 2018 sehingga 30 Mac ini.
Kes berprofil tinggi seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW atau institusi diraja diberi keutamaan 'satu' untuk diselesaikan dalam dua hingga empat minggu, manakala kes-kes keutamaan 'dua' harus diselesaikan dalam 12 minggu, sementara kes keutamaan 'tiga' dalam 24 minggu.
Dalam pada itu Mohd Shafie berkata kempen advokasi di seluruh negara menerusi program 'Klik Dengan Bijak' akan terus diperhebatkan bagi menyemai penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan pengguna media sosial di negara ini.
Pengguna media sosial juga dinasihatkan supaya membuat aduan kepada pihak SKMM sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan isu salah guna media sosial dengan menyalurkan maklumat ke talian 1800-188-030, email ([email protected]). WhatsApp (016-2206 262), SMS (15888) dan Twitter (@MCMCReact).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kandungan jelik
#kandungan lucah
#media sosial
#netizen
#pengguna media sosial
#siasatan
#SKMM
#SMS
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan