Skop Production bakal ambil tindakan individu muat naik atau edarkan 'KL Gangster 2'

Astro Awani
Ogos 29, 2013 10:38 MYT
Skop Productions bakal mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem “KL Gangster 2” secara haram.
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof itu bocor di Internet dipercayai sejak Rabu malam sebelum ditayangkan di pawagam mulai 3 Oktober ini.
Syamsul sudah pun membuat laporan polis dan bapanya, Datuk Yusof Haslam bakal mengadakan sidang media tergempar.
Penjelasan itu akan dilakukan di Pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ulu Klang pada pukul 3 petang esok.
Filem yang menelan belanja kos RM4.5 juta bakal menjadi filem termahal terbitan Skop Productions setakat ini.
Sebelum ini, Yusof teruja apabila jumlah tontonan sedutan filem itu hampir mencecah satu juta 'hits'.
Dia membayangkan "KL Gangster 2" bakal mencipta satu lagi rekod selepas filem pertamanya meraih hampir RM12 juta pada 2011.
Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor dan Zizan Razak.
Sementara itu, Pengarah filem tersebut Syamsul Yusof turut menzahirkan perasaan kecewanya dalam Twitter kerana karyanya itu telah dimuat naik secara haram di Internet.

Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana... http://t.co/uUgRwIluca

— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Honestly,those who CC me with the download link or telling me that they've watched KLGangster2 is a disrespect to me,SKOP & industry.

— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, selebriti, pengarah filem, penulis dan blogger turut menyokong usaha Syamsul Yusof dan menolak tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang telah mengedar dan memuat turun filem 'KL Gangster 2'.

RT @RewanIshak: Tragedi KL Gangster 2 bocor di internet ni x boleh dianggap remeh. menonton filem di panggung. Kesian la pada pembikin.

— iestatiptra (@iestatiptra) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jika anda pilih utk menonton KL Gangster 2 di internet, maka anda membunuh org sendiri.Mari tonton di panggung @iestatiptra @SyamsulYusof84

— Jehan Miskin (@jehanmiskin) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya tetap akan tonton KL GANGSTER 2 di pawagam sebab mereka tak boleh bocorkan semangat saya.

— Amir Muhammad (@amirmu) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam menyambut kemerdekaan ni, ada juga pihak yg jiwanya masih tak merdeka nak sebarkan filem secara haram.

— Megat Sharizal (@Megat_Sharizal) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ramai pengguna Twitter tidak segan-silu mendedahkan bahawa mereka juga ada menonton filem “KL Gangster 2” yang dimuat naik secara haram di Internet semalam.

Done watching Kl gangster 2.. not bad.

— (@amirorudzlan_) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Done with KL Gangster 2. Acane leh leak kat tenet ni lulz. Kan dah tengok awal, before panggung lulz

— Tenene (@hafaisy) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum keluar panggung,aku dapat tengok dah kl gangster 2

— NotPerfect (@EhhAzzim) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu juga, ramai juga yang masih menyokong untuk tidak menonton filem tersebut melalui muat naik yang tidak sah dan tetap menanti tayangan perdana filem itu di pawagam-pawagam pada Oktober nanti.

Boring lah main donlod... Still mok ngga KL GANGSTER 2 kat panggung :D lagi besttttt

— ㅤ (@LyzaZooeyZayn) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tp aku ttp nk tgk kt cinema gak cter kl gangster 2 tuh..support u syamsul yusof..

— ¤NS¤ (@estrellawada) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau tv kt rumah mcm home teater, boleh la nak tgk kl gangster 2, tp kalau tk, the best way kite tgk kt panggung la. Baru best :)

— Saya Isma. (@IsAmirah) August 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Edar #Internet #KL Gangster 2 #muat turun #Shamsul Yusof #Skop Production