GADGETS
Skrin BSOD Windows 11 berwajah baharu, tidak lagi berwarna biru
Versi terkini BSOD tidak lagi memaparkan kod QR atau emoji, hanya mesej ralat dan kod kerosakan untuk memudahkan penyelesaian masalah. -Amanz
BSOD (Blue Screen Of Death) ialah skrin yang dipaparkan pada sistem operasi Windows apabila menghadapi masalah teknikal.
Ringkasan AI
- BSOD ialah skrin ralat pada Windows yang kini kembali menggunakan latar belakang hitam selepas beberapa perubahan sejak Windows 8.
- Versi terkini BSOD tidak lagi memaparkan kod QR atau emoji, hanya mesej ralat dan kod kerosakan untuk memudahkan penyelesaian masalah.
- Rekaan baharu BSOD menyerupai skrin kemas kini sistem operasi, dengan fokus pada kesederhanaan dan kejelasan maklumat.
Bermula Windows 8, rekaan antara muka paparannya telah diberikan nafas baharu, selain Microsoft turut memberikan lebih maklumat, termasuk integrasi kod QR untuk menyemak masalah teknikal berkaitan dengannya.
Pada tahun 2021, warna BSOD diubah semula ke warna biru semula selepas ia ditukar ke warna hitam pada Window 8.
Terbaharu menerusi kemas kini terkini, skrin BSOD sekali lagi diubah dengan ia kini kembali menggunakan latar belakang hitam. Tiada lagi kod QR atau emoji muka sedih.
Hanya mesej apakah kerosakan yang berlaku dan kod kerosakan dipaparkan pada bahagian bawah skrin untuk memudahkan isu diselesaikan oleh pengguna atau pengendali IT syarikat.
Skrin BSOD baharu lebih mirip skrin yang dipaparkan ketika sistem operasi sedang dikemas kini. -Amanz