awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skymind jalin kerjasama dengan USM lahir lebih ramai tenaga kerja AI

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/09/2020
16:25 MYT
Skymind jalin kerjasama dengan USM lahir lebih ramai tenaga kerja AI
Kerjasama tersebut termasuk mobiliti, keterikatan penyelidikan serta penyelidikan bersama antara penuntut dan kakitangan USM.
Skymind Holdings Berhad (Skymind) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat menerusi Kumpulan Kecerdasan Buatan (AI) Impian dalam industri yang diperlukan di negara ini.
Penasihatnya, Datuk Yasmin Mahmood berkata, Malaysia kini beralih ke arah transformasi digital revolusi Industri IR 4.0, justeru lebih ramai tenaga kerja dan bakat khususnya dalam penggunaan teknologi (AI) diperlukan.
"Untuk itu, menerusi projek rintis yang diadakan pihak Skymind, seramai 100 pelajar USM menjadi kumpulan pertama terlibat dalam kolaborasi antara Skymind dan USM.
"Kolaborasi itu menjadi komitmen Skymind bagi mempelopori ekosistem AI yang holistik, termasuk usaha menjadikan Malaysia sebagai hub bakat digital utama di rantau ini," katanya selepas menandatangani memorandum perjanjian (MOA) di Georgetown pada Khamis.
Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan menyambut baik kerjasama antara universiti itu dengan Kampus Skymind City.
Katanya kerjasama tersebut termasuk mobiliti, keterikatan penyelidikan serta penyelidikan bersama antara penuntut dan kakitangan USM.
Selain menjalankan bengkel, persidangan dan program latihan bersama, kedua-duanya akan mempromosikan pengawasan dan kursus AI berkenaan.
Topic Berkaitan
#AI
#kecerdasan buatan
#Malaysia
#pelajar
#revolusi industri
#Sains
#Skymind
#USM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan