awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Mazlan jual tempe 80 sen sejak 10 tahun lalu, keunikan jadi 'buruan' pelanggan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/08/2020
07:30 MYT
Slim Memilih: Mazlan jual tempe 80 sen sejak 10 tahun lalu, keunikan jadi 'buruan' pelanggan
Mazlan berkata, dia berdepan masalah untuk memasarkan dan mengembangkan tempe buatannya ke kawasan-kawasan lain. - Gambar Astro AWANI
Tempe adalah makanan yang nampak ringan, tetapi hakikatnya kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan.
Mengikut kajian, makanan tradisional masyarakat Jawa berasaskan kacang soya itu mampu mencegah penyakit kronik seperti barah, diabetes dan jantung.
Menyedari khasiat tempe, selain permintaan daripada pengemar makanan itu, pengusaha tempe kecil-kecilan, Mazlan Ismail, 59, sanggup mempelajari resepi itu daripada adik iparnya, 10 tahun lalu.
Menurut Mazlan, kacang soya perlu direndam selama dua hari sebelum proses rebusan
Menurut Mazlan, kacang soya perlu direndam selama dua hari sebelum proses rebusan dilakukan - Gambar Astro AWANI
Meskipun bukan seorang pencinta tempe, Mazlan tekad menyelami ilmu penghasilan makanan itu walaupun bertahun-tahun berdepan cabaran sebelum berjaya mendapatkan rentak ramuan yang sebenar.
"Cabaran dia, kalau korek telaga lima kaki empat persegi itu, memang terkambuslah (perlu berdepan cabaran yang sukar).
"Dengan isi (tempe) tak jadi... hari ini buat, petang dah busuk. Mungkin ada kesilapan-kesilapan yang saya tak dapat tepati (ramuan), mungkin terlebih 'ubat' atau terlampau panas.
"Saya tak dapat baca rentak ketika itu dan sekarang ini sudah lama pengalaman, kita dan temui caranya," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Felda Besout 2, dekat sini baru-baru ini.
Tempe yang dihasilkan Mazlan dijual pada harga 80 sen sejak 10 tahun lalu, dan dibungkus menggunakan plastik - Gambar Astro AWANI
Tempe yang dihasilkan Mazlan dijual pada harga 80 sen sejak 10 tahun lalu, dan dibungkus menggunakan plastik - Gambar Astro AWANI
Percaya atau tidak, sejak 10 tahun lalu, Mazlan menjual tempe mentah pada harga 80 sen dan dia tidak pernah menaikkan harga tersebut walaupun kos pembuatan sentiasa meningkat.
Malah, keunikan tempe yang dihasilkan Mazlan menjadikan produknya sering mendapat sambutan daripada pelanggan di sekitar Felda Besout dan menerima tempahan untuk jamuan kenduri.
Berkongsi cara pembuatan tempe, Mazlan berkata, kacang soya biasanya direndam selama dua malam sebelum direbus.
"Kacang soya perlu direbus sehingga cukup masak dan baru diangkat daripada rebusan tersebut dan disejatkan. Selepas sejam, baru digaul dengan 'ubat'," katanya sambil memberitahu adunan 'ubat' yang tepat menjadikan tempe lebih enak.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, dia berdepan masalah untuk memasarkan dan mengembangkan produk tersebut ke kawasan-kawasan lain.
Sehubungan itu, Mazlan berharap pihak berkaitan boleh memberikan nasihat, tunjur ajar dan membantu pasarkan produk usahawan luar bandar sepertinya.
"Kalau boleh saya harap bantuan supaya jualan saya ini boleh pergi jauh.
"Jadi, sekarang ini tak dapat pergi jauh, setakat ini sahajalah (kawasan sekitar). Tidak boleh nak pasarkan ke luar," luah Mazlan mengenai halangan yang dihadapinya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Felda Besout 2
#Industri Kecil Sederhana
#Kebaikan tempe
#Mazlan Ismail
#PRK DUN Slim
#Tempe harga 0 80 sen
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan