JITRA: Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Jalan Kodiang dekat sini yang telah beroperasi sejak 75 tahun lalu dilihat begitu 'dekat' di hati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengadakan lawatan ke sekolah itu pada Sabtu ini (17 Jun).
Pengetua SMA Nahdhah Hasanah, Syeikh Dr Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin berkata lawatan Perdana Menteri itu juga signifikan memandangkan Anwar pernah mengunjungi sekolah agama berkenaan pada 1987 ketika bergelar Menteri Pendidikan.
"Semasa beliau (Perdana Menteri) datang ke sekolah ini pada 1987, beliau ada menanam sebatang pokok dalam kawasan halaman sekolah dan sehingga kini pokok itu masih ada sebagai 'tanda' kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sekolah ini," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Syeikh Mohd Jamil berkata jasa pemimpin itu kepada warga sekolah berkenaan masih lagi 'kukuh' apabila Anwar dalam lawatan itu turut memberi peruntukan untuk pembinaan lima kelas bagi kemudahan pembelajaran.
"Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat sekolah ini, beliau sempat ambil tahu masalah sekolah. Setelah lawatan ini, beliau berikan bantuan untuk bangunkan kelas tetapi kelas itu, kami sudah jadikan dewan makan pelajar," katanya.
Mengulas lanjut kehadiran Anwar pada Sabtu ini, pengetua itu berkata ia merupakan hasrat Perdana Menteri sejak beliau mula mengambil alih pentadbiran negara ini pada penghujung November tahun lepas, untuk bertemu agamawan di Kedah.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sangat menyantuni golongan agamawan dan saya sendiri mengetuai majlis zikir di Seri Perdana sebulan sekali atas jemputan beliau, dan di situ beliau sendiri menyampaikan hasrat untuk bertemu ulama di Melele (sekolah itu)," katanya.
Syeikh Mohd Jamil berkata hasrat Perdana Menteri akan menjadi kenyataan pada Sabtu ini apabila majlis pada hari itu turut menghimpunkan golongan agamawan di Kedah termasuk mudir sekolah agama, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam dan pegawai masjid.
Beliau berkata kehadiran Perdana Menteri menjadi lebih 'manis' kerana pada hari itu turut diadakan sambutan jubli intan sempena 75 tahun penubuhan sekolah Nahdhah Hasanah.
Mengulas mengenai sejarah sekolah agama itu, Syeikh Mohd Jamil berkata ia mula beroperasi pada awal 1948 dengan sembilan pelajar dan dikendalikan mudir pertama sekolah iaitu Datuk Syeikh Tajuddin Abdul Rahman.
"Idea penubuhan sekolah menengah agama ini tercetus pada tahun 1946 oleh penduduk kampung yang memberikan cadangan kepada ketua kampung dan imam supaya mewujudkan sekolah agama di kawasan itu untuk pendidikan agama setempat.
Syeikh Mohd Jamil berkata bapanya, Syeikh Tajuddin dilantik sebagai guru di sekolah itu sebaik menamatkan pengajian di Makkah pada penghujung 1946 dan seterusnya menerajui sekolah berkenaan yang dahulunya disebut Madrasah sebelum bertukar status kepada SMA pada 70-an.
"Sekarang sekolah menengah agama ini terdapat hampir 400 pelajar tingkatan satu hingga enam, dengan 34 orang guru. Sekolah ini turut mempunyai pelajar luar negara seperti dari Filipina, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam," katanya.
Syeikh Tajuddin pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dari 1996 hingga 1999, meninggal dunia pada 2000.
Beliau berkata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor merupakan bekas pelajar sekolah agama itu pada era 50-an.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke SMA Nahdhah Hasanah Melele di Jalan Kodiang, Jitra, Kedah, Sabtu ini - Foto SMA Nahdhah Hasanah Melele/Sinar Harian
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
SMA Nahdhah Hasanah 'dekat' di hati Perdana Menteri
Lawatan itu juga signifikan memandangkan Anwar pernah mengunjungi sekolah agama berkenaan pada 1987 ketika menjadi Menteri Pendidikan.