awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMC lancar PANAS!: Pusat rujukan untuk isu alam sekitar, perubahan iklim

Eton Khir
Eton Khir
05/06/2021
12:38 MYT
SMC lancar PANAS!: Pusat rujukan untuk isu alam sekitar, perubahan iklim
Dalam mendepani kesan perubahan iklim, pengamal media memainkan peranan penting dalam membantu mempercepat respons terhadap perubahan iklim melalui advokasi dan pendidikan. - Gambar hiasan
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2021, Pusat Media Sains (SMC) Malaysia mengumumkan pelancaran PANAS! iaitu rujukan media digital pertama di Malaysia.
Platform digital itu merupakan hasil kerjasama Suruhanjaya Tinggi Britain Kuala Lumpur dan EcoKnights yang disasarkan khusus kepada golongan wartawan, penulis dan pencipta kandungan Malaysia bagi menyokong liputan media berhubung isu mengenai alam sekitar dan perubahan iklim.
Menurut Pengasas Bersama SMC Malaysia, Tan Su Lin, beliau berharap sumber yang telah diberikan ini dapat digunakan dengan efektif.
"Sebenarnya, kita mahu berikan gambaran tentang keseluruhan tentang kesan perubahan iklim di Malaysia dan dalam rujukan itu juga, wartawan akan mendapatkan senarai sumber penting seperti tindakan iklim tempatan dan antarabangsa, senarai pakar serta jurucakap, dan juga tip-tip serbaguna dalam menghasilkan laporan yang eksklusif dan inklusif mengenai perubahan iklim di media," ulas beliau lagi dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Hari Alam Sekitar | Peranan media dalam isu alam sekitar
Tambahnya lagi, beliau faham akan cabaran yang dihadapi oleh pengamal media dalam membuat liputan mengenai isu alam sekitar atau perubahan iklim.
Di samping itu, dalam mendepani kesan perubahan iklim, pengamal media memainkan peranan penting dalam membantu mempercepat respons terhadap perubahan iklim melalui advokasi dan pendidikan.
Justeru itu, beliau berharap agar liputan isu alam sekitar lebih proaktif dan tidak hanya dilaporkan apabila bencana alam sudah berlaku.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Hari Alam Sekitar Malaysia
#SMC
#wartawan
#alam sekitar
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan