awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SmileOnMalaysia: UMW agih 28,000 pelitup muka untuk golongan kurang berkemampuan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/09/2020
08:23 MYT
#SmileOnMalaysia: UMW agih 28,000 pelitup muka untuk golongan kurang berkemampuan
Ia sebahagian kempen UMW 'Smile On, Malaysia' untuk membantu rakyat Malaysia terus bertahan dalam masa-masa yang sukar dan mencabar ini.
KUALA LUMPUR:Sebanyak 28,000 pelitup muka guna semula akan diagihkan bagi golongan kurang berkemampuan di seluruh negara, bagi memastikan mereka juga dilindungi daripada penularan COVID-19.
Dalam satu kenyataan media hari ini, UMW Holding Bhd (Kumpulan UMW) berkata, inisiatif itu diambil selepas mereka menyedari golongan kurang berkemampuan, berkemungkinan besar menghadapi beban kewangan untuk membeli pelitup muka di pasaran secara berterusan, memandangkan pemakaiannya di tempat awam adalah wajib.
Kumpulan UMW berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada kempen mereka - “Smile On, Malaysia”, untuk membantu rakyat Malaysia terus bertahan dalam masa-masa yang sukar dan mencabar ini.
“Kempen ini, yang berjalan dari 28 Ogos hingga 16 September, telah dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin atau “Malaysia Cares”.
“Orang awam juga dapat turut serta menjadi sebahagian daripada kempen ini melalui media sosial, dengan menggunakan filter pelitup muka kempen “UMW's Smile On, Malaysia” di profil Instagram dan Facebook mereka,” menurut kenyataan itu lagi.
View this post on Instagram
Spread positivity this National Day with #SmileOnMalaysia campaign! Show us your smiles with our Facebook profile frame here: bit.ly/UMWFBoverlay or post a selfie using our IG filter here: bit.ly/UMWIGfilter Tag us at #SmileOnMalaysia and #UMWMalaysia while you’re at it!
A post shared by UMW (@umwofficial) on
Aug 26, 2020 at 5:56pm PDT
View this post on Instagram
Daily new infections may be on the decline, but we’re not in the clear yet. Let’s continue to adhere to SOP to keep the numbers down. Don’t forget to mask on and join us in spreading positivity. Here’s how: https://www.facebook.com/UMWofficial/posts/1844240899051781 *As reported by the World Health Organization (WHO). #SmileOnMalaysia #UMWMalaysia
A post shared by UMW (@umwofficial) on
Sep 8, 2020 at 4:41am PDT
Kumpulan UMW berkata, selain daripada inisiatif pengagihan pelitup muka, mereka juga mengambil kesempatan untuk mengumpulkan dan mengagihkan barangan makanan ruji untuk membantu golongan kurang mampu yang terkesan oleh wabak Covid-19.
Usaha mengumpulkan barangan makanan, kata mereka, telah dilakukan pada awal bulan ini di Ibu Pejabat UMW serta semua cawangan di seluruh negara memberi peluang untuk pekerja UMW memberi sumbangan.
“Hasil daripada inisiatif ini, sumbangan yang diterima daripada pekerja UMW adalah amat memberangsangkan. Sebagai tambahan daripada hasil sumbangan usaha pengumpulan makanan tersebut, UMW Holdings turut memperuntukkan RM1,000 untuk disalurkan kepada setiap rumah kebajikan.
“Sebanyak 63 rumah kebajikan di seluruh Malaysia, yang terdiri daripada rumah orang tua, rumah anak yatim dan pusat orang kurang upaya yang mendapat manfaat daripada usaha ini,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, mereka akan melaksanakan tanggungjawab untuk membantu masyarakat, terutamanya kumpulan berisiko, untuk mengharungi zaman yang serba mencabar ini.
"Walaupun dengan keadaan yang mencabar sekarang ini, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kita akan melakukan semua yang terdaya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang berisiko dan memberi bantuan kepada keluarga yang terjejas secara langsung oleh wabak Covid-19 dalam keadaan yang mencabar ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#UMW Holdings
#Kumpulan UMW
#Smile On Malaysia
#koronavirus
#rakyat Malaysia
#media sosial
#keluarga
#golongan kurang berkemampuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan