MALAYSIA
SMP 2025: Ribuan ‘serbu’ kaunter saman PDRM, kutipan cecah RM675,000 setakat semalam
Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025, pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat disediakan, termasuk diskaun saman PDRM dan JP serta pengurangan kompaun pihak berkuasa tempatan. - Gambar Bernama
BATU KAWAN: Ribuan terus membanjiri pekarangan Stadium Batu Kawan bagi merebut peluang membayar saman trafik dengan diskaun hingga 50 peratus yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekali gus menyemarakkan penutup Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2025 hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati, kaunter khas pembayaran saman yang dibuka sejak Khamis lepas, menerima kehadiran pengunjung bukan sahaja dari Pulau Pinang malah dari negeri jiran seperti Kedah dan Perak.
Pekerja syarikat pengangkutan swasta di Seberang Jaya, Teh Wong Wei, 34, berkata, syarikatnya mengambil peluang menjelaskan saman tertunggak kerana potongan diskaun yang menjimatkan bagi pelbagai kesalahan kenderaan.
"Paling banyak kesalahan dibayar hari ini ialah memandu melebihi had laju di beberapa negeri sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan jumlah keseluruhan saman hampir RM5,000.
"Selepas tahu ada diskaun saman hingga 50 peratus, majikan minta saya datang bayarkan semalam namun saya tidak sempat. Hari ini datang, nampaknya ramai ambil peluang buat pembayaran," katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Bagi Natasha Amira Nazri, 32, pemberian diskaun saman itu disifatkan satu inisiatif mesra rakyat kerana sangat membantu untuk melunaskan saman tertunggak dengan lebih rendah dan merupakan peluang terbaik bagi pengguna jalan raya.
"Saya dan suami ada lebih tiga saman pelbagai kesalahan lalu lintas, dan apabila ada peluang tawaran diskaun seperti ini, kami pilih untuk membuat pembayaran. Sekurang-kurangnya dapat berjimat," kata ibu kepada dua cahaya mata yang tinggal di George Town, dekat sini.
Sementara itu, jurucakap PDRM berkata, inisiatif diskaun tersebut adalah sebahagian daripada usaha mendekatkan pihak polis dengan masyarakat sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak dengan efisien.
"Ramai ambil peluang itu dan ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menunjukkan komitmen mereka terhadap pematuhan undang-undang," katanya.
Beliau juga memaklumkan, PDRM menerima kutipan saman sebanyak RM675,000 dengan pembukaan 10 kaunter sejak Khamis lepas hingga 5 petang semalam.
Sebanyak 45 pegawai dan anggota polis termasuk kakitangan awam Kontinjen Pulau Pinang ditugaskan sepanjang empat hari pembukaan kaunter secara fizikal bermula 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, selain turut menerima pembayaran dalam talian melalui apilikasi portal MyBayarPDRM sempena SPM 2025.
Diskaun 50 peratus itu diberikan kepada semua jenis kesalahan trafik kecuali saman kemalangan, saman kategori tidak boleh kompaun, Op Selamat, bicara mahkamah, kesalahan potong secara berbahaya atau 'potong q', menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lampu merah, pengubahsuaian ekzos kenderaan dan memotong di garisan berkembar.
Selain saman PDRM, orang ramai turut mengambil peluang melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membayar kompaun yang ditawarkan dengan potongan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Lebih 40 aktiviti utama diadakan sepanjang SMP 2025 antaranya 22 Pameran Rumah KAMI (rumah etnik), Pameran Perkampungan Rumah Etnik Kadazan Dusun dan Orang Asli, Foodunites, Pameran Susur Masa, Pameran Malaysia Tanah Airku, sukan tradisional, Jualan Usahawan Perpaduan, Pertandingan Boria, Pertandingan Busana Etnik, Pertandingan Tarian Etnik, Pesta Buku serta persembahan kebudayaan.
Menurut Kementerian Perpaduan Negara, lebih 250,000 pengunjung daripada pelbagai latar belakang, agama dan budaya memeriahkan SMP 2025 yang terbukti menjadi medan terbaik dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA