23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
MALAYSIA

SNCC rancang gelombang kedua konvoi bantuan darat ke Gaza selepas gencatan senjata dicapai

Khalis Khadir 04/10/2025 | 16:11 MYT
Menurut Sani Araby, GSF menjadi saksi dan bukti sejarah yang membangkitkan gelombang kebersamaan rakyat Malaysia dalam mendokong perjuangan Palestin tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman. - Astro AWANI
SEPANG: Sumud Nusantara kini dalam perancangan melaksanakan gelombang kedua bagi konvoi bantuan darat secara besar-besaran ke Gaza, sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka selepas gencatan senjata dicapai.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ia akan didokong sepenuhnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sumud Nusantara sedang membuat persediaan untuk gelombang kedua yang akan digerakkan dengan dukungan Perdana Menteri, Menteri Luar serta kerajaan Malaysia bagi konvoi bantuan darat besar-besaran di bawah bendera Malaysia, Jalur Gemilang ke Gaza sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka selepas berlakunya genjatan senjata.

“Ini adalah mesej khas saya untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah dan terus mencintai keamanan, menyokong pembebasan Gaza dan Palestin,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi saksi dan bukti sejarah yang membangkitkan gelombang kebersamaan rakyat Malaysia dalam mendokong perjuangan Palestin tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman.

“Titik susah senang yang kita lalui dan tangisan yang mengiringinya membuktikan kita semua mempunyai satu persamaan iaitu Malaysia bersama untuk berbuat kebaikan.

"Sesungguhnya Malaysia, kita memiliki dan daya tersendiri untuk membebaskan dasar dan Palestin hingga merdeka," ujarnya lagi.



#Sumud Nusantara #misi kemanusiaan #Gaza #gencatan senjata #Palestin #Global Sumud Flotilla #bantuan kemanusiaan